awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China rakan strategik pacu pembangunan mampan dan berdaya tahan - TPM Fadillah
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
Kerajaan cadang perluas pendidikan al-Quran, tahfiz di sekolah rendah - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir: Mangsa di Kedah meningkat kepada 3,913 orang

Luqman Hariz
Luqman Hariz
19/09/2024
07:56 MYT
Banjir: Mangsa di Kedah meningkat kepada 3,913 orang
Setakat jam 3.40 petang Khamis, Kedah kekal negeri paling teruk terjejas dengan 3,913 mangsa daripada 1,160 keluarga di tujuh daerah. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Situasi banjir di beberapa negeri terus memburuk dengan ribuan mangsa terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) di seluruh negara.
Menurut portal InfoBencana Jabatan Kebajikan Masyarakat, setakat jam 3.40 petang Khamis, Kedah kekal negeri paling teruk terjejas dengan 3,913 mangsa daripada 1,160 keluarga di tujuh daerah.
Sejumlah 31 PPS dibuka di negeri itu termasuk Pendang, Kubang Pasu dan Kulim, dengan daerah Kota Setar mempunyai PPS yang menempatkan paling ramai mangsa iaitu 1,205 orang.
Di Pulau Pinang, lapan PPS di tiga daerah dibuka setakat ini dengan 586 mangsa daripada 163 keluarga dipindahkan.
Seberang Perai Utara kekal daerah paling teruk terjejas dengan 411 mangsa, diikuti Seberang Perai Tengah dengan 95 mangsa dan Seberang Perai Selatan 62 mangsa.
Di Sabah, banjir yang mula melanda sejak 16 September lalu menjejaskan 303 mangsa daripada 79 keluarga, ditempatkan di sebuah PPS di daerah Tongod.
Sementara itu, jumlah PPS kekal empat di Perlis, menempatkan sejumlah 149 mangsa, masing-masing 113 orang di Arau dan 36 di Kangar.
Manakala di Sarawak yang menyaksikan banjir bermula lebih awal pada 22 Ogos lalu, sebuah PPS dibuka di Betong, menempatkan 105 mangsa daripada 26 keluarga.
Pihak berkuasa tempatan di setiap negeri menekankan bahawa mereka terus memantau keadaan terkini, serta menggerakkan bantuan untuk memastikan keselamatan mangsa di semua lokasi.
Orang ramai dinasihatkan agar sentiasa peka dengan arahan pihak berkuasa dan mengambil langkah berjaga-jaga.
Topic Berkaitan
#banjir kedah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan