KUALA LUMPUR: Semua kenyataan media rasmi berkaitan kejadian banjir di Nepal, termasuk perkembangan operasi Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART), akan diselaraskan dan dikeluarkan melalui Kementerian Luar Negeri (Wisma Putra).
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), dalam satu kenyataan hari ini menegaskan langkah itu diambil bagi memastikan penyampaian maklumat berkaitan operasi kemanusiaan Malaysia di Nepal dilakukan secara teratur dan melalui satu saluran rasmi.
"NADMA akan terus bekerjasama rapat dengan Wisma Putra dengan menyalurkan maklumat operasi yang telah disahkan dari semasa ke semasa untuk tujuan penyelarasan.
“NADMA akan terus bekerjasama rapat dengan Wisma Putra dengan menyalurkan maklumat operasi yang telah disahkan dari semasa ke semasa untuk disampaikan melalui satu saluran rasmi sahaja,” menurut kenyataan itu.
NADMA turut menghargai kerjasama semua pihak dalam memastikan penyampaian maklumat berkaitan tragedi banjir di Nepal dilaksanakan secara konsisten, teratur dan bertanggungjawab.
Sebelum ini Kementerian Luar Negeri (KLN) memaklumkan jumlah rakyat Malaysia yang masih belum dihubungi susulan banjir dan tanah runtuh di Nepal dan China, kekal 55 orang.
Wisma Putra dalam kenyataan berkata, pihaknya juga sedang mendapatkan pengesahan daripada kerajaan China berhubung kemungkinan pertindihan laporan mengenai rakyat Malaysia di Nepal dan Tibet, China.