awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan Perancis berdepan lagi undi tidak percaya
Skim Pembiayaan Teman TEKUN salur RM25.17 juta di Sabah tahun lepas
Kanak-kanak hilang di Daro ditemukan lemas
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir: NGO kecewa, tolak sumbangan bersyarat RM100,000

Amirul Aiman
Amirul Aiman
30/11/2024
03:10 MYT
Banjir: NGO kecewa, tolak sumbangan bersyarat RM100,000
Cheah mendakwa dana tersebut hanya diberikan jika liputan media lengkap, termasuk gambar majlis penyerahan cek, dapat dipastikan. - Foto Facebook/William Cheah
KUALA LUMPUR: Sebuah badan bukan kerajaan (NGO), meluahkan rasa kecewa selepas menerima tawaran sumbangan RM100,000 daripada individu yang didakwa mengenakan syarat publisiti wajib untuk misi bantuan banjir mereka.
Pengasas bersama Kembara Kitchen, William Cheah, mendakwa tindakan itu lebih menjurus kepada agenda promosi berbanding niat tulus membantu mangsa bencana.
Dalam satu perkongsian di Facebook, beliau mendakwa dana tersebut hanya diberikan jika liputan media lengkap, termasuk gambar majlis penyerahan cek, dapat dipastikan.
“Saya faham jika sedikit publisiti diperlukan, jika dapat diatur. Sebagai contoh, menyebut nama penaja di media, jika peluang itu timbul.
“Namun, apabila ia dijadikan syarat wajib untuk jumlah tersebut, ia seolah-olah ada pihak yang cuba membeli kami.
“Semata-mata untuk publisiti. Semata-mata untuk liputan media. Bukan demi tujuan kebajikan. Bukan demi kemanusiaan. Pada saat seperti ini,” katanya di Facebook pada Sabtu.
Walaupun dana itu boleh digunakan untuk membeli barangan keperluan mendesak seperti lampin bayi, susu, dan tuala wanita, Cheah berkata beliau tetap memilih untuk menolaknya.
Katanya, keputusan tersebut dibuat demi menjaga amanah dan integriti organisasi.
Dapatkan info, ramalan cuaca dan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#banjir2024
#monsun timur laut
#Bah Kuning
#sumbangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan