awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MPM mohon dana RM20 juta bagi pembangunan atlet para
Dari bilik darjah desa ke pentas dunia, tiga murid Orang Asli raih emas robotik antarabangsa
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir Pahang: Mangsa meningkat, 320 orang ditempatkan di empat PPS

Azee Shafy
Azee Shafy
26/01/2023
08:17 MYT
Banjir Pahang: Mangsa meningkat, 320 orang ditempatkan di empat PPS
Hujan lebat berterusan sejak Selasa lalu menyebabkan kawasan di beberapa daerah di negeri Pahang dinaiki air. - Foto JBPM
KUANTAN: Seramai 320 mangsa daripada 96 keluarga ditempatkan di empat pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah Rompin setakat pukul 2 petang, hari ini.
Menerusi Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), jumlah itu meningkat berbanding 286 mangsa daripada 84 keluarga yang direkodkan pada 12 tengah hari, pada Khamis.
Daripada jumlah itu, 151 mangsa berada di PPS Kampung Setajam, 122 mangsa pula di PPS Balai Raya Rekoh, 40 mangsa pula di PPS Balai Raya Bukit Lepas manakala tujuh mangsa pula di Balai Raya Bandar Perwira Jaya.
Hujan lebat berterusan sejak Selasa lalu menyebabkan kawasan di beberapa daerah di negeri itu dinaiki air.
Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pahang, Kolonel (PA) Che Adam A Rahman menasihati penduduk yang berada di kawasan rendah berwaspada dan mengikut arahan apabila diarahkan berpindah.
"Daripada segi persediaan, APM bersiap siaga dalam usaha membantu penduduk berpindah ke PPS," katanya.
IKUTI LAPORAN KOMPREHENSIF BANJIR DI SINI!
Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria memberitahu, seramai sembilan anggota termasuk seorang pegawai Bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Rompin bergegas ke lokasi Kampung Setajam di Mukin Endau bagi operasi pemindahan mangsa banjir.
"Kami menerima makluman daripada Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) dan Penghulu Mukim Endau mengenai kejadian itu sekitar pukul 2 petang tadi.
"Kesemua mangsa dipindahkan ke dua PPS berbeza iaitu seramai 151 mangsa ke PPS Kampung Setajam dan seramai 40 mangsa ke PPS Bukit Lepas," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Topic Berkaitan
#banjir pahang
#mangsa banjir
#PPS
#Rompin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan