awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir: Penduduk di Pamol minta tapak perkampungan baharu

Radhi Muslim
Radhi Muslim
05/01/2022
03:38 MYT
Banjir: Penduduk di Pamol minta tapak perkampungan baharu
Di kawasan Pamol, terdapat tiga lagi buah kampung berdekatan yang turut digenangi banjir sehingga kini. - Astro AWANI
BELURAN: Penduduk di Kampung Tolungan Pamol, dekat Beluran, sudah tidak tahan berhadapan masalah banjir yang melanda setiap tahun.
Ketua kampungnya, Minis Manggih berkata, dalam tempoh setahun kampung mereka akan dilanda bencana berkenaan sekurang-kurangnya sekali atau dua kali.
Namun kejadian banjir kali ini boleh dikatakan antara yang terbesar pernah berlaku dan kejadian serupa pernah berlaku pada kira-kira lima tahun lalu.
"Setiap tahun mesti banjir tetapi yang besar seperti ini berlaku kali terakhir lima tahun lalu," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui Astro AWANI di kampung berkenaan, pada Selasa.
Mmenurutnya, ekoran keadaan itu terdapat 259 orang penduduk kampungnya sering menghadapi masalah sama setiap tahun iaitu kerosakan pelbagai barangan terutama peralatan elektrik.
Sebagai penyelesaian jangka panjang terhadap masalah itu, dia berharap kerajaan dapat menyediakan tapak lot perkampungan baharu kepada mereka.
Selain itu kerajaan boleh berbincang dengan pihak ladang agar mereka dibenarkan membina dewan di kawasan berkenaan untuk dijadikan pusat pemindahan sementara (PPS) kelak.
Katanya, selama ini mereka tidak dibenarkan membina apa-apa struktur bangunan di kampung mereka sendiri selepas tanah perkampungan berkenaan dimiliki oleh pihak ladang.
"Kalau boleh kasi kami minta perkampungan yang lebih tinggi daripada yang sekarang. Kami minta perkampungan di tanah tidak kena banjir kalau boleh dekat lebuh raya.
"Kalau tidakpun kami minta pihak kerajaan minta sama syarikat keluasan ini tempat supaya kami boleh buat dewan," katanya.
Beliau berharap permohonan berkenaan dapat dipertimbangkan pihak kerajaan.
Di kawasan Pamol, terdapat tiga lagi buah kampung berdekatan yang turut digenangi banjir sehingga kini.
Ia melbatkan lebih 100 buah rumah penduduk yang dilaporkan masih kekal digenangi banjir sejak 31 Disember tahun lalu.
Topic Berkaitan
#banjir
#tapak perkampungan
#PPS
#dewan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan