awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pengerusi IJM Corp ditahan SPRM
Lelaki didenda RM20,000 miliki kad ATM orang lain
CIA henti terbit 'World Factbook' selepas 60 tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir: Pengusaha keropok lekor Mersing mohon bantuan kerajaan

Ernalisa Othman
Ernalisa Othman
08/01/2021
01:03 MYT
Banjir: Pengusaha keropok lekor Mersing mohon bantuan kerajaan
Kedai pengusahaan Keropok Lekor Haji Puteh di Mersing kurang dikunjungi susulan kawasan itu dilanda banjir baru-baru ini. --fotoBERNAMA
MERSING:Daerah Mersing yang terkenal dengan pelbagai sumber pelancongan, termasuk hasil industri kecil dan sederhana (IKS), kini terjejas ekoran cuaca yang tidak menentu.
Salah seorang pengusaha keropok lekor, Abdul Halim Othman, 40 tahun, mengakui pendapatannya merosot hampir 80 peratus kerana tiada lagi pengunjung akibat bencana banjir ketika ini.
Mewakili pengusaha lain, dia mengharapkan bantuan kerajaan untuk memulihkan kembali perniagaan pasca banjir.
Abdul Halim berkata, sebelum ini, dia mampu menjual lebih 500 batang keropok lekor sehari.
"Dalam banjir ini, kita tak boleh buat apa. Stok memang banyak, anggarannya 500 bungkus. Kalau dulu, satu hari dapat jual 500 batang keropok, sekarang 100 batang sahaja," katanya.
Tinjauan Astro AWANI mendapati hampir 10 deretan kedai yang menjual pelbagai jenis keropok di bandar Mersing juga kini sunyi.
Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Endau Alwiyah Talib berkata, beliau telah menyerahkan nama usahawan yang layak menerima bantuan melalui persatuan IKS Mersing.
"Saya serahkan lebih kurang 10 nama, iaitu yang saya cadangkan sebelum ini untuk menerima sumbangan," katanya.
Beliau memberi jaminan akan menyegerakan bantuan kepada pengusaha IKS yang benar-benar terjejas akibat banjir.
Topic Berkaitan
#pendapatan
#merosot
#banjir
#keropok lekor
#Endau
#Mersing
#ADUN
#Alwiyah Talib
#persatuan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan