PUTRAJAYA: Pelan Induk Saliran Mesra Alam (PISMA) akan diguna pakai dalam pembangunan tanah bagi menangani isu banjir kilat di negara ini, demikian menurut Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT).
Pemakaian PISMA itu, yang disediakan oleh Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim melalui Jabatan Pengairan dan Saliran, adalah antara perkara yang dipersetujui dalam Mesyuarat Majlis Perancang Fizikal Negara (MPFN) ke-41 dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di sini semalam.
"PISMA ini dilihat sebagai satu daripada penyelesaian dalam menangani isu banjir kilat di negara ini," menurut KPKT dalam kenyataan yang dikeluarkan sempena MPFN ke-41.
Menurut KPKT, kementerian itu akan mengeluarkan arahan pemakaian PISMA di dalam proses pembangunan tanah terutama dalam proses kelulusan kebenaran merancang dan di peringkat kajian semula rancangan tempatan.
Turut dipersetujui dalam MPFN ke-41 ialah cadangan memperkukuh industri penternakan ayam melalui penerimapakaian Garis Panduan Perancangan Ladang Penternakan Ayam yang disediakan oleh KPKT melalui Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (PLANMalaysia).
KPKT memaklumkan cadangan pengukuhan itu melibatkan pelaksanaan Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Bil. 1/2003 untuk memudah cara proses pembangunan ladang penternakan ayam dari aspek urusan tanah dengan pihak berkuasa negeri (PBN) disyorkan untuk menyediakan panduan khas pelaksanaan pekeliling berkenaan.
Selain itu, Prosedur Pusat Setempat (OSC) 3.0 Plus juga ditambah baik dengan meminimumkan hanya lima agensi sahaja yang wajib dirujuk untuk mendapatkan kelulusan.
Menurut KPKT, MPFN ke-41 juga telah menerima cadangan keperluan penetapan 10 peratus keluasan tanah Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan.
"Penetapan 10 peratus keluasan tanah sumber makanan negara yang terdiri daripada kawasan jelapang padi dan luar jelapang, Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) Tanaman, TKPM Penternakan dan Zon Industri Akuakultur adalah penting untuk meningkatkan kadar sara diri (SSR) pengeluaran agromakanan dan mengurangkan kebergantungan terhadap import sumber makanan.
"Mesyuarat bersetuju agar pengiraan 10 peratus itu turut mengambil kira sumbangan keluasan daripada Sabah dan Sarawak," menurut KPKT.
KPKT memaklumkan mesyuarat juga menyarankan supaya fokus diberikan kepada peningkatan produktiviti agromakanan berbanding peningkatan keluasan kawasan pertanian, terutama bagi negeri-negeri yang mempunyai kawasan pertanian yang luas.
MPFN ke-41 itu menyarankan agar PBN dan pihak berkuasa tempatan (PBT) mempercepat tempoh kelulusan pembangunan sebagai satu langkah memudah cara urus niaga untuk meningkatkan keyakinan pelabur asing dalam menjadikan Malaysia sebagai satu daripada negara yang berdaya saing.
KPKT melalui PLANMalaysia perlu menjadi penyelaras atau penasihat dalam memudah cara urusan permohonan cadangan pembangunan oleh pihak pelabur terutamanya pelabur luar bagi memastikan proses seperti kebenaran merancang, pelan bangunan dan pelan kejuruteraan dapat dipercepat.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 18 2023
KPKT akan mengeluarkan arahan pemakaian PISMA di dalam proses pembangunan tanah terutama dalam proses kelulusan kebenaran merancang dan di peringkat kajian semula rancangan tempatan. - Gambar fail
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
Malaysia tumpukan penerapan PISMA bangunkan bandar tahan bencana
KKR akan menekankan penerapan Pelan Induk Saliran Mesra Alam (PISMA) untuk menangani isu di kawasan bandar yang sering dilanda banjir.
Banjir: PISMA diguna pakai untuk proses kebenaran pembangunan tanah
Pelan Induk Saliran Mesra Alam (PISMA) akan diguna pakai dalam pembangunan tanah bagi menangani isu banjir kilat di negara ini, demikian menurut Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT).