awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir: PM rakam penghargaan kepada UAE atas sumbangan untuk anggota ATM

Bernama
Bernama
30/12/2021
15:58 MYT
Banjir: PM rakam penghargaan kepada UAE atas sumbangan untuk anggota ATM
Ismail Sabri berkata sumbangan berkenaan akan diagihkan bermula hujung minggu ini kepada keluarga ATM yang terjejas banjir terutamanya di Selangor dan Pahang. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Emiriah Arab Bersatu (UAE) yang menghulurkan sumbangan kepada lebih 700 anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang terjejas akibat banjir.
Menerusi catatan di Facebook rasmi hari ini, beliau berkata anggota tentera yang terjejas menerima sumbangan barangan keperluan asas dan makanan yang disampaikan Duta UAE ke Malaysia, Khalid Ghanim Mohammad Al-Ghaith kepada ATM yang diwakili Panglima ATM Jen Tan Sri Affendi Buang.
"Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Kerajaan Emiriah Arab Bersatu (UAE) kerana sentiasa menjaga hubungan baik antara UAE dan Malaysia. Walaupun negaranya jauh, tetapi kebaikannya terasa akrab," katanya.
Ismail Sabri berkata sumbangan berkenaan akan diagihkan bermula hujung minggu ini kepada keluarga ATM yang terjejas banjir terutamanya di Selangor dan Pahang.
"Syabas kepada ATM dan BAKAT (Badan Kebajikan Keluarga Angkatan Tentera) yang akan mengatur gerak sumbangan ini," katanya.
Majlis penyampaian bantuan mangsa banjir daripada Kerajaan UAE kepada ATM berlangsung di Wisma Perwira hari ini dan turut dihadiri Affendi dan Pengerusi Jemaah Tertinggi BAKAT Tengku Puteri Seri Teja Puan Sri Tengku Muhaini Sultan Ahmad Shah.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Perdana Menteri
#ismail sabri yaakob
#bantuan
#UAE
#ATM
#Emiriah Arab Bersatu
#Angkatan Tentera Malaysia
#banjir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan