awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mahkamah Tinggi tetapkan 21 Mei keputusan tindakan undang-undang Indira Gandhi
Singapura sasar 18 juta pelancong antarabangsa pada 2026, perolehan S$32.5 bilion
Inkues Zara Qairina: Guru agama kongsi pertemuan terakhir dengan arwah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir: Polis, APM sedia pengangkutan hantar pelajar ke sekolah

Bernama
Bernama
20/05/2024
13:45 MYT
Banjir: Polis, APM sedia pengangkutan hantar pelajar ke sekolah
Ibu Pejabat Polis Daerah dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kerian menyediakan dua lori bagi mengangkut 46 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Alor Pongsu, Bagan Serai.
IPOH: Ibu Pejabat Polis Daerah dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kerian menyediakan dua lori bagi mengangkut 46 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Alor Pongsu, Bagan Serai pergi dan pulang dari sekolah berikutan penutupan laluan di KM15 Jalan Selama-Bagan Serai akibat banjir.
Ketua Polis Daerah Kerian Supt Juna Yusoff berkata kesemua pelajar terlibat menaiki lori itu dari Masjid Changkat Lobak untuk ke sekolah berkenaan.
"Kita tidak mahu mereka (pelajar) jadikan penutupan jalan sebagai penghalang untuk tidak hadir ke sekolah dan ini bersesuaian dengan moto Polis Diraja Malaysia iaitu Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata usaha memberi khidmat kepada pelajar terlibat akan diteruskan sehingga laluan berkenaan pulih daripada banjir dan dibuka semula kepada pengguna jalan raya.
-- BERNAMA
Dapatkan info, ramalan cuaca dan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#banjir
#pelajar
#pengangkutan
#polis
#APM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan