Skip to main content
Advertisement

Malaysia

Patriotisme bermusim tanpa tindakan konkrit dikhuatiri kekal retorik - Penganalisis

KUALA LUMPUR, 31 Ogos - Persembahan dron dengan formasi membentuk tulisan "Merdeka 2026 apabila waktu memasuki detik 12 tengah malam pada Festival Ambang Merdeka 2026 di Dataran Merdeka awal pagi ini. - fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA
Persembahan dron dengan formasi membentuk tulisan "Merdeka 2026 apabila waktu memasuki detik 12 tengah malam pada Festival Ambang Merdeka 2026 di Dataran Merdeka, pada 31 Ogos lalu. -Gambar fail/Bernama
Advertisement

KUALA LUMPUR: Patriotisme yang hanya dizahirkan menerusi sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia tanpa disusuli tindakan serta tanggungjawab berterusan berisiko kekal retorik semata-mata.

Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) Universiti Poly-Tech Malaysia (UPTM), Dr. Mohd Erfino Johari berkata, penghayatan patriotisme perlu diterjemahkan melalui pelaksanaan amanah, disiplin, kesetaraan dan keadilan dalam kehidupan seharian.

“Ubah patriotisme secara hafalan dan ingatan ataupun nostalgia semata-mata kepada pelaksanaan amanah, disiplin, kesetaraan dan keadilan sehingga diwujudkan satu ekosistem.

"Tidak kira rakyat Malaysia ini berapa umurnya, daripada awal usia remaja hinggalah kepada yang dewasa atau berusia, semuanya boleh duduk di satu meja sama, berbicara tentang agenda negara.

“Itu merupakan satu saat di mana kematangan perpaduan, politik, patriotisme, pertumbuhan ekonomi akan dapat disetarakan. Kalau tidak, sifat patriotisme ini hanya bermusim sahaja,” katanya dalam satu program Astro AWANI, di sini, pada Ahad.

Beliau mengulas langkah mudah yang boleh dilakukan rakyat Malaysia dalam menghayati semangat patriotisme, khususnya sempena sambutan Hari Malaysia.

Dr. Mohd Erfino turut menekankan kepentingan mewujudkan ruang interaksi antara generasi bagi membolehkan rakyat membincangkan agenda negara secara bersama, sekali gus memperkukuh perpaduan dan kematangan masyarakat.

Must Watch Video

Advertisement