awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
Lebih sejuta dokumen berkaitan kes Jeffrey Epstein ditemukan pihak berkuasa Amerika
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir: Polis buka pusat kawalan mudahkan pengurusan mangsa

Nur Fazlizai Ali
Nur Fazlizai Ali
31/12/2021
03:53 MYT
Banjir: Polis buka pusat kawalan mudahkan pengurusan mangsa
Hujan lebat sejak Khamis menyebabkan Kampung Pasir Raja dan Kampung Shukor dilanda banjir. - Astro AWANI
DUNGUN: Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuka pusat kawalan tempat kejadian di Kampung Jongok Batu, Hulu Dungun bagi memudahkan pengurusan mangsa gelombang ketiga banjir di Dungun.
Ketua Polis Daerah Dungun, Supt Baharudin Abdullah berkata, Pusat kawalan itu diwujudkan sebagai pusat operasi di lapangan, untuk mengkoordinasi dan menyelaraskan operasi bantuan yang melibatkan pelbagai agensi penyelamat.
Antaranya termasuklah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia.
Menurut Baharudin, hujan lebat sejak Khamis menyebabkan Kampung Pasir Raja dan Kampung Shukor dilanda banjir.
"Kalau mengikut keadaan hujan sekarang ini, kita jangka memang akan ada penambahan, di kawasan Pasir Raja sendiri, dan juga di kawasan Shukor.
"Dan mungkin esok air akan turun di kawasan Kuala Jengai dan Kampung Minda," katanya.
Banjir gelombang ketiga yang melanda Terengganu sejak Khamis menyebabkan dua kampung di Daerah Dungun terjejas.
Sebanyak dua pusat pemindahan sementara (PPS) telah diaktifkan bagi menempatkan serami 390 mangsa melibatkan 114 keluarga.
Topic Berkaitan
#banjir
#mangsa
#polis
#Pusat Kawalan Tempat Kejadian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan