awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump kecam persembahan Bad Bunny di Super Bowl LX: “Antara yang terburuk..."
Cadangan jenamakan ASWARA sebagai Universiti P. Ramlee kembali dibangkitkan
21 Orang Asli ditahan bantu siasatan kes ceroboh tanah Sultan Pahang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir P.Pinang: Jabatan Pendidikan akan pastikan tiada calon SPM yang tercicir

Astro Awani
Astro Awani
05/11/2017
07:03 MYT
Banjir P.Pinang: Jabatan Pendidikan akan pastikan tiada calon SPM yang tercicir
Semua calon SPM yang terjejas banjir boleh mengambil peperiksaan itu di sekolah lain esok.- Gambar hiasan
Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Pulau Pinang akan memastikan semua calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang terbabit dalam bencana banjir di negeri itu tidak tercicir daripada menduduki peperiksaan itu, esok.
Pengarah Jabatan Pendidikan Pulau Pinang Shaari Osman berkata semua calon SPM yang terjejas banjir boleh mengambil peperiksaan itu di sekolah lain esok.
Katanya, setakat ini, pihaknya telah mengenalpasti beberapa buah sekolah yang terlibat.
Tambahnya, pihak jabatan menerusi Jawatankuasa Khas Keselamatan SPM yang dianggotai pelbagai agensi sudah bersiap siaga bagi menghadapi bencana alam berkenaan.
Ujarnya , pihak jabatan telah mengambil langkah segera dan membuat persediaan rapi bagi memastikan semua calon SPM dapat menduduki peperiksan kertas Bahasa Melayu esok.
Beliau berkata para pelajar yang akan menduduki SPM diminta sentiasa berhubung dengan pihak sekolah bagi memastikan mereka mendapat maklumat yang tepat.
Dalam masa sama, katanya, pihaknya telah mengarahkan supaya tiada Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) di negeri ini digunakan sebagai pusat pemindahan untuk menempatkan mangsa banjir.
Hujan lebat berterusan lebih 17 jam sejak 12 tengah hari Sabtu memburukkan lagi keadaan banjir yang melanda negeri itu.
Air naik mendadak turut melumpuhkan sebahagian besar kawasan di George Town dan Seberang Perai termasuk menyebabkan kejadian tanah runtuh dan pokok tumbang serta kesesakan lalu lintas luar biasa di negeri itu.
Topic Berkaitan
#banjir
#Malaysia
#mangsa banjir
#mati lemas
#Seberang Perai
#Sijil Pelajaran Malaysia
#SPM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan