KUALA LUMPUR: Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) telah menambah RM3 juta untuk membantu Keluarga Malaysia yang terjejas dengan bencana alam baru-baru ini.
Pengerusi PR1MA, Datuk Fathul Bari Mat Jahya berkata, bantuan tambahan bencana banjir 2021 #PR1MAKita itu merupakan langkah untuk meringankan beban mereka yang terjejas akibat bencana banjir luar biasa selari inisiatif yang diumumkan kerajaan.
Jelasnya, tambahan itu menjadikan jumlah keseluruhan peruntukan untuk misi bantuan banjir PR1MA adalah sebanyak RM5 juta.
"Memahami kepayahan mereka yang terjejas seperti kehilangan tempat tinggal, kerosakan harta benda serta keadaan rumah yang dipenuhi lumpur, PR1MA akan menyalurkan bantuan tambahan seperti waterjet untuk membersihkan kawasan rumah yang terjejas, kelengkapan pembersihan diri, bantal, tilam dan selimut serta bakul makanan.
"Bantuan-bantuan ini akan disumbangkan kepada mangsa banjir negeri-negeri yang terjejas dengan bencana alam ini.
"Sebelum ini, PR1MA juga telah menggerakkan lebih 100 kakitangan di Hulu Langat dan Taman Sri Muda, Shah Alam bagi kerja-kerja pembersihan kediaman mangsa banjir," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Sabtu.
[LAPOR LANGSUNG] Banjir ragut 46 nyawa, lebih 54,500 mangsa masih di PPS
BACA: 46 korban banjir, 54,532 mangsa masih di PPS - Ketua Polis Negara
BACA: Banjir: Lebih 45,000 mangsa masih berada di 290 PPS pagi ini
Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Abdullah Sani sebelum ini menjelaskan, sejumlah 46 kematian akibat bencana banjir telah direkodkan sehingga jam 4 pagi, 25 Disember dengan lima lagi mangsa masih dilaporkan sebagai hilang.
Acryl Sani berkata, Selangor masih mencatatkan bilangan mangsa korban tertinggi, iaitu sebanyak 25 kematian.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif PR1MA, Datuk Mohd Nazri Md. Shariff berkata, PR1MA akan terus bekerjasama dengan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bagi memastikan koordinasi dan gerak kerja yang teratur bagi kerja-kerja pembahagian barangan sumbangan kepada mangsa banjir di kawasan yang terjejas.
"Tidak lupa juga kepada pembeli kita yang terjejas, kami di PR1MA akan berhubung dengan anda dan berharap dapat membantu sedaya mungkin," katanya.
Setakat ini, Pahang masih mencatat bilangan mangsa tertinggi di PPS, iaitu seramai 29,108 orang, diikuti Selangor (23,702), Kelantan (974), Kuala Lumpur (238), Perak (105), dan Melaka (38).
Astro Awani
Sat Dec 25 2021
Fathul Bari Mat Jahya berkata, tambahan itu menjadikan jumlah keseluruhan peruntukan untuk misi bantuan banjir PR1MA sebanyak RM5 juta. - Gambar PR1MA
Mengenang Ananda | Pembina negara: Memanfaat teknologi, menerjah kemajuan
Jejak peninggalan Ananda Krishnan kekal mengakar dibumi, tatkala menerjah langit. Beliau bukan hanya meluaskan empayar perniagaan, tetapi juga mengukuhkan landskap ekonomi negera - dengan aspirasi beliau menjadikan Malaysia sebuah negara maju dan moden.
Mengenang Ananda | Nilai Filantropi: Merealisasikan impian yang memerlukan
Bukan hanya bergelar hartawan, mendiang Ananda Krishnan terkenal dengan sikap dermawan, menyediakan pelbagai jenis biasiswa dan tajaan terutama dalam bidang pendidikan. Mendiang menubuhkan pelbagai badan kebajikan yang memfokuskan pembangunan pendidikan dan modal insan.
Mengenang Ananda | Legasi perniagaan: Merentas pelbagai sektor industri
Pemergian Ananda Krishnan meninggalkan legasi perniagaan yang membanggakan Malaysia. Individu berwawasan tinggi ini menjadi pemacu pertumbuhan ekonomi Malaysia melalui pembinaan KLCC, penubuhan Maxis, Astro, Bumi Armada dan Measat.
ABC News setuju bayar saman fitnah AS$15 juta Trump, mohon maaf
Rangkaian berita itu akan membayar sebanyak AS$15 juta kepada sebuah badan kebajikan dan mengeluarkan permohonan maaf.
Lelaki sempat jerit minta tolong sebelum dibaham buaya
Mangsa berusia 28 tahun disambar reptilia itu ketika melalui jambatan kayu di kawasan setinggan tersebut.
Bekas pemain bola sepak Manchester City sah Presiden Georgia
Mikheil Kavelashvili dilantik sebagai Presiden oleh Parlimen Georgia selepas 16 hari protes melanda pekan dan bandar negara berkenaan.
DBKL lanjut tempoh permohonan tapak bazar Ramadan
Ia bagi memberi peluang kepada lebih ramai penjaja yang berkelayakan untuk mengambil bahagian.
Tentera Rusia berundur dari selatan Syria
Sebuah konvoi kenderaan tentera Rusia dilaporkan berundur dari wilayah selatan Syria menuju ke pangkalan tentera di Tartous, bandar pesisir Latakia, utara negara itu.
Menurut media antarabangsa, konvoi kenderaan tentera dilihat melalui lebuh raya Damsyik-Homs menuju utara.
Menurut media antarabangsa, konvoi kenderaan tentera dilihat melalui lebuh raya Damsyik-Homs menuju utara.
FBI dedah foto wartawan AS yang hilang di Syria sejak 2012
Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) pada Sabtu mengeluarkan sebuah gambar yang memaparkan wajah seorang wartawan dari Amerika Syarikat, Austin Tice yang hilang di Syria pada 2012.
Menerusi hantaran di X, gambar tersebut disunting bagi memberi gambaran kemungkinan paras beliau pada usia 40-an.
Menerusi hantaran di X, gambar tersebut disunting bagi memberi gambaran kemungkinan paras beliau pada usia 40-an.
Thailand tewaskan Malaysia 1-0
Rekod tanpa kalah skuad bola sepak negara dalam kempen Kumpulan A Piala ASEAN lebur apabila tewas 0-1 kepada Thailand dalam aksi di Stadium Rajamangala, Bangkok, pada Sabtu malam.
Kemenangan dilakar apabila Kesilapan penjaga gol Malaysia Muhammad Haziq Nadzli ketika mengeluarkan bola dengan sempurna dimanfaatkan pemain Thailand, Patrik Gustavsson pada minit ke-57.
Kemenangan dilakar apabila Kesilapan penjaga gol Malaysia Muhammad Haziq Nadzli ketika mengeluarkan bola dengan sempurna dimanfaatkan pemain Thailand, Patrik Gustavsson pada minit ke-57.
PR1MA rancang perkenal rumah pintar, mesra alam
Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) merancang memberikan nilai tambah dalam pembangunan projek perumahan mampu milik menerusi pengenalan rumah pintar dan berkonsepkan mesra alam.
KPKT laksana pelbagai inisiatif galakkan perbandaran mampan - Nga
Kerajaan menerusi Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) mengambil pendekatan dengan melaksanakan beberapa inisiatif sebagai usaha utama bagi menggalakkan perbandaran mampan.
Lebih 300,000 rumah mampu milik dibina setakat Jun
Pembinaan hasil kerjasama agensi perumahan di peringkat Kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri serta pemaju swasta.
KPKT umum pembinaan PPR Bestari Jaya, selesai masalah perumahan lima ladang di Selangor sejak 1998
KPKT mengumumkan pembinaan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Bestari Jaya bagi menyelesaikan isu perumahan yang dihadapi 245 keluarga peneroka.
Laporan Audit: FELDA rugi RM1 bilion, rizab LTAT berbaki negatif pada 2022
PR1MA pula dilaporkan menghadapi kerugian bersih berjumlah RM0.257 bilion makakala liabiltii berjumlah RM5.746 bilion.
Bandar PR1MA pertama dilancarkan tahun ini - Nga
Bandar Program Perumahan 1 Malaysia (PR1MA) pertama di negara ini yang dibina di Teluk Intan, bakal dilancarkan tahun ini.
COP28: Urbanice Malaysia, PR1MA Corporation Malaysia jalin kerjasama dengan UN-Habitat, Masdar City
Kolaborasi itu melibatkan Urbanice Malaysia dan UN-Habitat serta PR1MA Corporation Malaysia dan Masdar City, Emiriah Arab Bersatu (UAE).
Pelancaran Bomba Komuniti PR1MA untuk beri latihan asas kepada penduduk - Kor Ming
Program Bomba Komuniti PR1MA dilancar bertujuan memberi latihan kebombaan asas kepada penduduk, bagi mempersiapkan diri sekiranya berlaku kecemasan di residensi mereka.
KPKT peruntuk RM308 juta untuk tiga PPR baharu di Perak - Nga
KPKT memperuntukkan RM308 juta bagi pembangunan tiga projek PPR baharu di Perak membabitkan 1,200 unit kediaman di tiga kawasan Parlimen.
'Ada orang menyamar jadi ejen PR1MA' - MP Alor Setar
Akmal Nasrullah Mohd Nasir menegaskan penyamaran ejen itu merupakan satu perbuatan jenayah.