awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM reman dua penjawat awam bantu siasatan tuntutan palsu RM114,000
12,600 tiket tambahan ETS sempena Tahun Baharu Cina dijual mulai esok - Loke
Pasukan Roboticist Malaysia unggul di FTC Nusantara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir pulih, PPS Kota Tinggi ditutup

Bernama
Bernama
05/05/2024
10:30 MYT
Banjir pulih, PPS Kota Tinggi ditutup
PPS itu menempatkan 300 orang daripada 69 keluarga dari Kampung Temenin Baru dan Kampung Desa Makmur. - Gambar fail/APM
KOTA TINGGI: Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Bukit Lintang di sini yang dibuka untuk kemudahan mangsa banjir di persekitarannya semalam telah ditutup pada pukul 2.30 petang tadi.
Setiausaha Kerajaan Negeri Johor Tan Sri Dr Azmi Rohani berkata PPS itu menempatkan 300 orang daripada 69 keluarga dari Kampung Temenin Baru dan Kampung Desa Makmur.
"Kesemua mangsa dipindahkan ke PPS berkenaan pada 12.30 tengah hari, semalam susulan hujan lebat berterusan melebihi tempoh dua jam," kata beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) dalam kenyataan hari ini.
Sementara itu Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Kota Tinggi dalam kenyataan berasingan berkata semua mangsa dibenarkan pulang setelah paras air di kawasan berkenaan surut sepenuhnya.
-- BERNAMA
Dapatkan info, ramalan cuaca dan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#banjir Kota Tinggi
#PPS
#banjir pulih
#Sekolah Kebangsaan Bukit Lintang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan