awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir pulih sepenuhnya di Perlis, jumlah mangsa meningkat di Kedah

Bernama
Bernama
27/09/2023
14:38 MYT
Banjir pulih sepenuhnya di Perlis, jumlah mangsa meningkat di Kedah
Di Kedah, jumlah mangsa banjir terus meningkat kepada 701 orang daripada 201 keluarga setakat malam ini berbanding 268 mangsa daripada 81 keluarga pagi tadi. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Banjir di Perlis telah pulih sepenuhnya, namun jumlah mangsa banjir di Kedah mencatatkan peningkatan setakat 8 malam ini.
Di Perlis, Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Perlis Leftenan Kolonel (PA) Mohd Izaimi Md Daud berkata pusat pemindahan sementara (PPS) Dewan Sekolah Kebangsaan (SK) Arau yang menempatkan lima mangsa daripada dua keluarga ditutup 2.45 petang tadi dan kesemua mangsa telah dibenarkan pulang.
PPS Dewan SK Arau yang dibuka sejak petang semalam menempatkan mangsa dari Kampung Titi Besi dan Kampung Kebun.
Di Kedah, jumlah mangsa banjir terus meningkat kepada 701 orang daripada 201 keluarga setakat malam ini berbanding 268 mangsa daripada 81 keluarga pagi tadi.
Ketua Bahagian Sekretariat Pengurusan Bencana APM Kedah Mejar (PA) Muhammad Suhaimi Mohd Zain berkata kesemua mangsa dari daerah Kubang Pasu, Kota Setar dan Pokok Sena itu ditempatkan di tujuh PPS.
"Tujuh PPS itu ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Changlun, Dewan Kampung Tradisi Lembah Keriang di Changlun, SK Malau, Dewan PPK Lubuk Batu, SK Taman Aman, SK Bukit Hijau dan Maahad Tarbiyah Derang," katanya dalam kenyataan.
Sementara itu, Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata kerajaan negeri akan memberikan bantuan berupa pek makanan kepada mangsa banjir yang akan diagihkan selepas mereka dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mesyuarat Exco petang tadi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#mangsa banjir
#pengingkatan
#dibenarkan pulang
#PPS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan