KOTA KINABALU:Bilangan daerah yang terjejas dengan banjir di negeri Sabah kekal sebanyak sembilan buah, namun dalam masa sama, jumlah mangsa terus bertambah.

Menurut jurucakap Angkatan Pertahanan Awam (APM) Sabah, sehingga pagi Isnin, seramai 673 mangsa dipindahkan, berbanding 348 yang dilaporkan petang kelmarin.

Katanya, antara daerah yang masih terjejas ialah Beaufort, Paitan, Kota Kinabalu, Putatan, Penampang, Kota Belud dan Tuaran.



Jurucakap APM berkata, jumlah pusat penempatan sementara (PPS) yang dibuka telah meningkat kepada 15 buah berbanding hanya sembilan buah yang beroperasi kelmarin.

Mangsa-mangsa yang terkesan teruk  dengan banjir akan dibawa ke PPS terdekat antaranya SK Pekan Tuaran, Masjid Kampug Tenghilan, Dewan Tun Hamdan, Dewan SK Pekan Kota Belud, Dewan SK Tamau dan beberapa PPS lain.