awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Fokus perumahan mampu milik di bandar, bukan pilihan raya Datuk Bandar - Akmal
Lebih 3,000 pengunjung teruja rasai fenomena laut terbelah di Pulau Pangkor
Lee Chong Wei terbuka sambut Misbun Sidek dalam kem kebangsaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir Sabah: Jentera Kerajaan MADANI digerakkan, RM10 juta bantuan tambahan disalur - PM

Astro Awani
Astro Awani
15/09/2025
08:20 MYT
Banjir Sabah: Jentera Kerajaan MADANI digerakkan, RM10 juta bantuan tambahan disalur - PM
Lokasi banjir di Sabah berikutan hujan lebat berterusan. - Foto FB Anwar Ibrahim
Kota Kinabalu: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan rasa terkesan terhadap bencana banjir yang sedang melanda negeri Sabah, sambil menegaskan keutamaan kerajaan adalah memastikan keselamatan dan kebajikan rakyat yang terjejas.

Ringkasan AI
  • PM Anwar Ibrahim zahir rasa terkesan dengan bencana banjir di Sabah, tekankan keselamatan dan kebajikan rakyat sebagai keutamaan kerajaan.
  • Kerajaan salur RM21 juta bantuan segera RM11 juta melalui kerajaan negeri dan tambahan RM10 juta melalui NADMA untuk pembaikan kemudahan asas dan bantuan mangsa.
  • Anwar seru semua pihak bersatu dan utamakan semangat kebersamaan, mengetepikan perbezaan demi membantu rakyat yang terjejas.

Anwar berkata, seluruh jentera Kerajaan MADANI telah digerakkan segera bagi memastikan bantuan dapat disalurkan tanpa sebarang gangguan.
"Saya telah mengarahkan seluruh jentera Kerajaan MADANI digerakkan dengan segera untuk membantu rakyat yang terjejas," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Peruntukan sebanyak RM11 juta telah disalurkan melalui kerajaan negeri, manakala kerajaan pusat meluluskan tambahan RM10 juta melalui Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma).
Dana itu akan digunakan bagi pembaikan segera kemudahan asas dan disalurkan terus kepada mangsa banjir.
“Kerajaan MADANI akan memastikan setiap keluarga yang terkesan segera menerima bantuan,” jelas beliau.
Dalam pada itu, Anwar menyeru semua pihak agar mengetepikan perbezaan dan mengutamakan semangat kebersamaan serta ihsan demi membantu rakyat.
“Saya menyeru semua pihak bersatu dan berpadu tenaga serta mengutamakan semangat ihsan demi membantu rakyat seluruhnya. Zahirkan semangat kebersamaan dan kepedulian serta tanggungjawab bersama dalam menempuh ujian dahsyat ini,” katanya.
Topic Berkaitan
#Perdana Menteri
#Datuk Seri Anwar Ibrahim
#banjir sabah
#terkini
#NADMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan