awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir Sabah: Jumlah mangsa meningkat kepada 1,161 orang

Eleanor Michelle Patrick
Eleanor Michelle Patrick
02/01/2022
07:02 MYT
Banjir Sabah: Jumlah mangsa meningkat kepada 1,161 orang
Petugas Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sabah memasang khemah di salah sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) di Sabah. - Foto APM Sabah
KOTA KINABALU: Jumlah mangsa banjir di Sabah setakat jam 1 tengah hari tadi meningkat kepada 1,161 orang, melibatkan 399 keluarga berbanding 717 mangsa yang dilaporkan pagi tadi.
Jumlah itu melibatkan lima daerah yang terjejas di kawasan pantai timur dan utara, iaitu Kota Marudu, daerah kecil Paitan, Beluran, Sandakan dan Telupid.
Kota Marudu merupakan daerah yang mencatat jumlah mangsa tertinggi dengan 969 orang, diikuti daerah Sandakan (61 mangsa), daerah kecil Paitan (50 mangsa), Telupid (43 mangsa) dan Beluran (38 mangsa).
Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), semua mangsa terjejas ditempatkan di 14 pusat pemindahan sementara (PPS).
Sebanyak tujuh PPS dibuka di Kota Marudu, tiga di Telupid, dua PPS di Paitan dan masing-masing satu di Sandakan serta Beluran.
Selain lima daerah berkenaan, beberapa kawasan rendah di tiga daerah lain iaitu Kinabatangan, Lahad Datu dan Ranau turut dilapor mengalami banjir.
Laporan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sabah menunjukkan jumlah kampung terjejas banjir setakat ini paling banyak di daerah kecil Paitan iaitu 16 kawasan, diikuti Kota Marudu (10 kampung), Telupid (dua) dan masing-masing satu di Beluran serta Sandakan.
Sementara di Paitan, antara kampung terjejas banjir ialah Batangon Darat, Batangon Laut, Kabuluh, Sokoon, Simpangan, Tebatu, Dalamas, Sungai Tangkarason, Musinggapu, Binsulung, Tolungan Pamol, Tagas-Tagas, Basai, Tolungan, Puru Batu/Lakang dan Kampung Polis Tagas-Tagas.
Manakala, bagi Kota Marudu pula, kampung terjejas banjir ialah Asin-Asin, Beliajung, Tingkalanon, Tongkungon, Taritipan, Morion, Tandek, Popok Laut, Radu dan Langkon.
Di Telupid, dua kampung terjejas banjir ialah Rancangan Nangoh dan Bakong-Bakong, manakala Kampung Sungai Memanjang di Sandakan dan Balaban di Beluran.
Sementara itu, di Ranau, dua kampung terjejas ialah di Lungkidau dan Matupang, manakala Taman Khazanah Indah di Lahad Datu serta Kampung Jaya Baru di Kinabatangan.
Topic Berkaitan
#banjir sabah
#PPS
#Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri JPBN
#Angkatan Pertahanan Awam Malaysia APM Sabah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan