awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MAHB perkenal Rimba sebagai usaha penambahbaikan berterusan di KLIA
USANITA rintis fesyen sopan halal di Turkiye, sokong Tahun Melawat Malaysia 2026
Angka korban di Gaza melepasi 71,424 orang ekoran serangan Israel
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir Sarawak: 1,603 mangsa masih berlindung di sembilan PPS pagi ini

Bernama
Bernama
14/01/2026
01:15 MYT
Banjir Sarawak: 1,603 mangsa masih berlindung di sembilan PPS pagi ini
Serian mencatatkan jumlah PPS tertinggi dengan bilangan mangsa paling ramai, termasuk 448 di SK Tanah Puteh, 311 di Dewan Masyarakat Serian dan 113 di Dewan Ranchan. - Gambar hiasan/BERNAMA
KUCHING: Jumlah mangsa banjir ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sarawak pagi ini tidak berubah sejak petang semalam iaitu sebanyak 1,603 orang daripada 498 keluarga.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak memaklumkan sembilan PPS masih beroperasi melibatkan kawasan Serian, Sibu, Bintulu dan Sebauh.
Bahagian Serian mencatatkan jumlah PPS tertinggi dengan bilangan mangsa paling ramai iaitu 448 mangsa di Sekolah Kebangsaan Tanah Puteh, Dewan Masyarakat Serian (311), Dewan Ranchan (113), Dewan Kampung Slabi Entukuh (57) dan Stadium Tertutup Bola Keranjang (95).
"Di Sibu pula, enam mangsa ditempatkan di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Assek, manakala di Bintulu terdapat 237 mangsa ditempatkan di Dewan Suarah Bintulu.
"Di Sebauh pula, 150 mangsa ditempatkan di Balai Raya Sebauh dan 186 mangsa di Dewan Sri Kemena, SMK Sebauh," menurut kenyataan itu.
Bencana banjir di Sarawak kali ini bermula pada 31 Dis tahun lepas, apabila beberapa kawasan di sekitar bandar raya Kuching dinaiki air susulan hujan lebat berterusan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#banjir
#PPS
#hujan lebat
#Sarawak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan