awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jualan kereta Eropah meningkat pada November
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir Sarawak: 53 mangsa di daerah Lundu dipindahkan ke PPS

Nuzuluddin Abdul Razak
Nuzuluddin Abdul Razak
25/01/2023
22:50 MYT
Banjir Sarawak: 53 mangsa di daerah Lundu dipindahkan ke PPS
Tinjauan banjir oleh anggota JBPM Sarawak di Kampung Bako. -JBPM
KUCHING: Hujan berterusan sejak dua hari lalu mengakibatkan beberapa kawasan di daerah Lundu dilanda banjir.
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka jam 2 pagi Khamis bagi menempatkan 53 mangsa daripada 16 ketua isi rumah (KIR).
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) dalam satu kenyataan memberitahu PPS tersebut dibuka di Kampung Sebat dan Balai Raya Kampung Sebat Dayak.
Pada Rabu, Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di negeri Sarawak sehingga jam 2 pagi, Khamis (26 Januari 2023).
Antara kawasan dijangka terjejas ialah Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Mukah (Tanjung Manis dan Daro) dan Miri (Subis dan Miri).
Pemantauan berkala telah digerakkan beberapa agensi keselamatan termasuk Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).
Prosedur keselamatan turut dilakukan melibatkan tinjauan di kawasan kerap berlaku banjir untuk tindakan awal operasi pemindahan, merekodkan peningkatan paras air di kawasan kritikal, serta bantuan sokongan di PPS.
Kali terakhir Sarawak menutup PPS mangsa banjir adalah pada penghujung Disember tahun lalu.
Dalam kejadian banjir tahun lalu, kerajaan Sarawak telah mengerahkan kira-kira 6,000 anggota penguat kuasa daripada pelbagai agensi untuk membantu mangsa-mangsa banjir di seluruh negeri ini.
Topic Berkaitan
#banjir
#Lundu
#PPS
#JBPM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan