awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dakwaan ahli Bersatu mahu masuk DAP: Cerminan kebebasan berpolitik - Penganalisis
PM Anwar mahu peranan Majlis Media Malaysia diperkukuh demi kebebasan media - Fahmi
Kemboja minta Perancis serah bukti sejarah bantu selesai pertikaian sempadan dengan Thailand
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir Sarawak: Jumlah mangsa meningkat ketara, 5,385 dipindahkan ke 45 PPS

Rudi Affendi Khalik
Rudi Affendi Khalik
29/01/2025
23:30 MYT
Banjir Sarawak: Jumlah mangsa meningkat ketara, 5,385 dipindahkan ke 45 PPS
Banjir besar yang melanda Sarawak semalam berpunca daripada pertembungan hujan luar biasa Monsun Timur Laut serta air pasang besar.
KUCHING: Jumlah mangsa banjir di Sarawak terus menunjukkan peningkatan ketara, apabila sebanyak 5,385 mangsa telah dipindahkan ke 45 pusat pemindahan sementara (PPS) di 12 daerah di Sarawak.
Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS), daripada jumlah tersebut, daerah Serian merekodkan 13 PPS, Miri (6); Bintulu (4); Tatau (4); Siburan (4) Kuching (3); Samarahan (3); Selangau (2); Bau (2) dan masing-masing satu di Sebuyau, Simunjan, Kanowit dan Subis.
PPS Stadium Muhibbah di Bintulu merekodkan jumlah mangsa teramai iaitu 883 orang daripada 216 keluarga.
Mereka merupakan penghuni daripada Rancangan Perumahan Rakyat (RPR) Sebiew, Spring Ville, Sungai Plan dan Taman Sebiew Indah yang terjejas terus dalam banjir semalam.
PPS Pusat Sukan BDA, Kidurong pula merekodkan 258 mangsa daripada 69 keluarga, yang dipindahkan dari setinggan Sungai Plan manakala PPS Dewan Penghulu, Seribu Nanga Tada, Kanowit menematkan 215 mangsa daripada 53 keluarga di sekitar rumah panjang di kawasan tersebut.
Seramai 5,385 mangsa telah dipindahkan ke 45 pusat pemindahan sementara (PPS) di 12 daerah di Sarawak.
Seramai 5,385 mangsa telah dipindahkan ke 45 pusat pemindahan sementara (PPS) di 12 daerah di Sarawak.
Banjir besar yang melanda Sarawak semalam berpunca daripada pertembungan hujan luar biasa Monsun Timur Laut serta air pasang besar.
Malah beberapa kawasan yang tidak pernah banjir seperti Kompleks MLNG di Bintulu turut mengalami musibah tersebut, manakala beberapa taman perubahan ditenggelami air sehingga tiga ke empat meter.
Beberapa perkampungan di sekitar tebing Sungai Sarawak, termasuk Tebingan Kuching turut ditenggalami banjir, namun kecekapan sistem pintu air atau baraj, berjaya mengekang air laut daripada memasuki sungai tersebut, sebelum air mula menyurut pada lewat petang.
Pengerusi JPBNS, Datuk Amar Douglas Uggah Embas ketika ditemui media berkata, para petugas terutamanya pasukan penyelamat telah bersiap sedia di semua lokasi bagi menghadapi bencana ini.
“Semua ahli jawatankuasa bencana di peringat daerah dan bahagian berada pada tahap kewaspadaan tertinggi untuk bertindak terhadap semua kemungkinan.
“Cuma saya meminta menasihatkan para penduduk sentiasa bersedia apabila diarahkan untuk berpindah kerana ia perlu untuk menyelamatkan nyawa,” jelas beliau.
Katanya, meskipun ada yang berdegil, namun mereka tetap akur untuk berpindah ke lokasi pemindahan yang ditetapkan.
Uggah dijadualkan melawat beberapa PPS di Kuching dan Serian, hari ini.
Topic Berkaitan
#banjir Sarawak
#mangsa banjir
#Pusat Pemindahan Sementara
#Douglas Uggah Embas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan