KUCHING:Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sarawak menurun setakat 8 pagi ini.
Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, seramai 1,870 mangsa melibatkan 504 keluarga masih ditempatkan di 16 PPS.
Malah, Bahagian Kuching menunjukkan penurunan mendadak apabila setakat jam 8 pagi ini hanya 775 mangsa dengan 186 keluarga ditempatkan di lima PPS.
"Bagaimanapun Bahagian Serian menunjukkan angka tidak berubah apabila mencatatkan 1,088 mangsa melibatkan 317 keluarga ditempatkan di 10 PPS.
"Manakala Bahagian Miri kekal satu PPS yang menempatkan satu keluarga dan tujuh mangsa," katanya dalam kenyataan pada pagi Ahad.
Keadaan banjir di Sarawak bermula awal minggu ini apabila taburan hujan luar biasa berlaku di beberapa kawasan di negeri itu.
Selain taburan hujang luar biasa, keadaan itu diburukkan lagi dengan kejadian air pasang besar.
Astro Awani
Sun Jan 17 2021

Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sarawak menurun setakat 8 pagi ini. - Foto Bernama

AWANI Ringkas: Lebih setengah juta daftar untuk terima vaksin | Nabawan, zon hijau paling lama, kini zon merah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas (9:00AM).

Niaga AWANI: Program Imunisasi | Reaksi Bursa Malaysia, ringgit
Niaga AWANI membawakan berita perniagaan dan ekonomi dalam dan luar negara serta perbincangan bersama Editor Projek Khas Astro AWANI tentang perkembangan semasa.

AWANI Pagi: Keyakinan dan pengurusan logistik vaksin
Bagaimana untuk menggalakkan pendaftaran vaksin dan apa persediaan bagi proses penghantaran vaksin di negeri-negeri seluruh Malaysia? Kita bersama Prof Madya Dr Rafidah Hanim Mokhtar, Pensyarah Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan USIM.
![AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemaskini COVID-19 [25 Februari 2021] AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemaskini COVID-19 [25 Februari 2021]](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1892410/574696631614213149457_640x360.jpg)
AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemaskini COVID-19 [25 Februari 2021]
AWANI Pagi membawakan kemaskini terkini mengenai berita dalam dan luar negara yang dilaporkan di www.astroawani.com bersama Hakim Rahman dan Hafizi Rosli.

Pembatalan Notis Perkapalan Malaysia 19/2020 cetus kegusaran komuniti perkapalan tempatan
MSN 19/2020 menggariskan larangan kepada kapal atau bot berbendera asing beroperasi atau menjalankan perkhidmatan marin di semua pelabuhan di Malaysia.

AWANI Ringkas: Keberkesanan vaksin Johnson & Johnson | Kes Covid-19 global terus bertambah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas (8:00AM).

Yusry, Lisa bakal timang cahaya mata ketiga
Pengarah dan pelakon, Datuk Yusry Abdul Halim mengesahkan isterinya, Datin Lisa Surihani kini hamil anak ketiga.

COVID-19 | Angka korban global kini melepasi 2.49 juta
Sementara itu, angka kematian akibat COVID-19 seluruh dunia kini melepasi 2.49 juta kes. Berdasarkan data Johns Hopkins University, Amerika Syarikat kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan lebih 503 ribu kes.

Pasaran AS | Saham di Bursa AS meningkat pada Rabu
Saham di Bursa Amerika meningkat dalam dagangan Rabu dengan indeks Dow Jones capai tahap tertinggi. Dalam masa yang sama, jualan saham syarikat teknologi memperlahan dan pelabur turut meningkatkan pegangan mereka dalam saham berkaitan pemulihan.

Vaksin | Lebih setengah juta daftar melalui MySejahtera
Seramai 637,000 individu telah mendaftar sebagai penerima vaksin di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan melalui aplikasi MySejahtera. Ketua Penolong Pengarah Kanan bahagian kawalan penyakit Kementerian Kesihatan Dr Mahesh Appannan berkata pada masa ini aplikasi berkenaan dilihat sebagai medium paling berkesan untuk menyebarkan maklumat mengenai COVID-19 termasuk program vaksinasi.

Banjir Sarawak pulih sepenuhnya, semua PPS ditutup
Banjir di Sarawak pulih sepenuhnya selepas semua pusat pemindahan sementara (PPS) ditutup setakat pagi Ahad.

Banjir Sarawak: Jumlah mangsa banjir menurun setakat tengah hari Sabtu
Jumlah mangsa banjir di negeri Sarawak mencatatkan penurunan kepada 776 mangsa daripada 199 mangsa berbanding 858 daripada 258 keluarga yang dicatatkan pada jam 8.00 pagi Sabtu.

Kuching, Lundu, Samarahan dilanda banjir kilat
Antara lokasi yang terjejas teruk adalah di kawasan Matang dan Batu Kawa.

Banjir Sarawak: Jumlah mangsa menurun, sembilan PPS masih dibuka
Keadaan banjir di Sarawak beransur baik apabila hanya 813 mangsa daripada 275 keluarga ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) berbanding 823 orang petang semalam.

Banjir Sarawak: 1,002 mangsa dipindahkan, Serian terjejas teruk
Jumlah mangsa banjir di Sarawak menunjukkan peningkatan sedikit kepada 1,002 pada Ahad berbanding 934 mangsa pada petang semalam.

Banjir Sarawak semakin pulih, satu PPS masih dibuka
Seramai 49 mangsa banjir masih lagi berada di pusat pemindahan sementara (PPS) Dewan Baru Kampung Rimba Padi di Serian, satu-satunya PPS yang masih beroperasi di Sarawak hari ini.

Banjir di Sarawak kian pulih, tiga PPS ditutup setakat 8 malam - JPBN
Gelombang kedua banjir di Sarawak kian pulih dengan penutupan tiga pusat pemindahan sementara (PPS) setakat 8 malam Isnin.

Banjir Sarawak: Hanya Bahagian Serian masih terjejas
Banjir di Sarawak menunjukkan penurunan apabila hanya lima pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka di Bahagian Serian.

Mangsa banjir di Sabah terus meningkat, Johor pulih sepenuhnya
Sabah terus mencatatkan peningkatan jumlah mangsa banjir, sementara Pahang dan Sarawak semakin pulih dengan bilangan mangsa di pusat pemindahan sementara (PPS) berkurangan.

Banjir Sarawak: Jumlah mangsa menurun, Serian kekal 10 PPS
Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sarawak menurun setakat 8 pagi ini.