awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Elon Musk cipta rekod baharu dengan nilai kekayaan AS$852.5 bilion
Sembilan ekar Hutan Simpan Kuala Langat masih terbakar - JBPM Selangor
Nilai transaksi SARA cecah RM4.8 bilion sepanjang 2025 - Amir Hamzah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir Sarawak: PPS Rumah Steven terus beroperasi hari keenam

Bernama
Bernama
28/01/2025
02:20 MYT
Banjir Sarawak: PPS Rumah Steven terus beroperasi hari keenam
Seramai 34 mangsa daripada 13 keluarga masih berlindung di PPS berkenaan yang dibuka sejak 23 Jan lalu. - Gambar hiasan
KUCHING: Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Rumah Steven di daerah Tatau memasuki hari keenam operasinya dan kekal sebagai satu-satunya PPS yang masih beroperasi di Sarawak.
Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sarawak, seramai 34 mangsa daripada 13 keluarga masih berlindung di PPS berkenaan yang dibuka sejak 23 Jan lalu, selepas kawasan Sekolah Kebangsaan Kuala Muput dilanda banjir.
Sementara itu, tujuh lokasi pemantauan di daerah Sebauh, yang bersebelahan Tatau, turut merekodkan peningkatan paras air dan sedang dipantau oleh jawatankuasa berkenaan.
Di samping itu, 10 lokasi di Matu dan empat lokasi di Kuching juga mencatatkan kenaikan paras air.
Empat stesen pemantauan Jabatan Pengairan dan Saliran yang masing-masingnya terletak di Giam Pasang B di Kapit, Long Teru, Marudi dan Nanga Lemai B di Sibu pula mencatatkan paras air melebihi tahap bahaya.
-- BERNAMA
Dapatkan info, ramalan cuaca dan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#PPS Rumah Steven
#banjir2024
#monsun timur laut
#Bah Kuning
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan