awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir Selangor: 200 penduduk Semenyih, Bangi dipindahkan akibat banjir

Bernama
Bernama
05/11/2023
01:00 MYT
Banjir Selangor: 200 penduduk Semenyih, Bangi dipindahkan akibat banjir
Kira-kira 200 penduduk di Taman Semenyih Indah dan Kampung Bangi Lama, Selangor dipindahkan selepas rumah mereka terjejas banjir, awal pagi tadi. - Gambar JBPM
KUALA LUMPUR: Kira-kira 200 penduduk di Taman Semenyih Indah dan Kampung Bangi Lama, Selangor dipindahkan selepas rumah mereka terjejas banjir, awal pagi tadi.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, operasi memindahkan mangsa bermula 4.30 pagi selepas pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada MERS999.
Beliau berkata, sebanyak 14 rumah di Taman Semenyih Indah membabitkan 50 orang dinaiki air setinggi 1.5 meter dan trend air semakin menurun.
“Di Kampung Bangi Lama, pasukan bomba membantu memindahkan kira-kira 50 mangsa daripada 10 keluarga selepas 10 kediaman dinaiki air hingga paras pinggang… trend air semakin meningkat,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Selain itu, Ahmad Mukhlis berkata, 100 mangsa di Kampung Bangi Lama berpindah sendiri ke tempat selamat.
Menurutnya setakat ini semua mangsa dipindahkan ke Balai Raya Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Bangi dan Tadika Perpaduan Taman Bangi Ria.
Topic Berkaitan
#Balai Bomba dan Penyelamat
#JBPM
#mangsa banjir
#bangi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan