MELAKA: Sembilan pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Melaka susulan hujan lebat yang melanda negeri itu pada semalam.
Pengarah Angkatan Pertahanan Awam (APM) Melaka Lt. Kol (PA) Cuthbert John Martin Quadra berkata, sembilan PPS itu kini menempatkan 590 mangsa yang membabitkan 155 buah keluarga.
Katanya, jumlah itu masing-masing tiga PPS di setiap daerah Alor Gajah, Melaka Tengah dan Jasin yang melibatkan 41 kawasan kediaman terjejas.
“Di Alor Gajah PPS terlibat ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Durian Tunggal, Balai Raya Kampung Gadek dan Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Sin Wah dengan jumlah keseluruhan 151 mangsa.
“Manakala di Melaka tengah PPS yang digunakan ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tun Mutahir, SK Krubong dan SK Batu Berendam 2 yang menempatkan 257 mangsa,” katanya di sini hari ini.
Mengulas lanjut ujarnya, di Jasin pula PPS dibuka di SMK Dang Anum, SMK Seri Bemban dan SK Tehel dengan jumlah mangsa seramai 182 mangsa daripada 48 keluarga.
Katanya, kawasan yang paling teruk terjejas ialah daerah Melaka Tengah yang melibatkan 20 kawasan kediaman, manakala Alor Gajah 11 kawasan dan Jasin 10 kawasan.
Shuhada Abdul Kadir
Thu Oct 21 2021
Kawasan yang paling teruk terjejas ialah daerah Melaka Tengah yang melibatkan 20 kawasan kediaman, manakala Alor Gajah 11 kawasan dan Jasin 10 kawasan. - Foto APM
Kontroversi UM: Sarjana ‘berkualiti rendah’ tak patut dijemput - PM Anwar
Anwar menyindir ahli akademik AS yang terbabit dalam kontroversi pro-Israel sebagai sarjana berkualiti rendah dan tidak mempunyai pencapaian luar biasa atau istimewa.
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Ulang Tahun Keputeraan kepada Sultan Terengganu
Ucapan itu dizahirkan Seri Paduka Baginda berdua menerusi poster yang dimuat naik di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini.
Ada wajah kita tak mahu berpisah, tapi terpaksa melepaskannya - Datuk Red
Menerusi perkongsian itu, Adnan mengatakan ada perkara yang dia terpaksa reda dan menerima takdir yang sudah tertulis untuknya.
Komen jelik nahas helikopter Lumut, peniaga didenda RM23,000
Seorang peniaga dalam talian didenda RM23,000 di Mahkamah Sesyen di sini, selepas mengaku bersalah atas tuduhan memuat naik komen jelik berhubung nahas helikopter TLDM.
Bursa Malaysia dibuka rendah, jejaki prestasi Wall Street
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.29 mata kepada 1,566.96 daripada 1,569.25 ketika ditutup pada Khamis.
AWANI Ringkas: Pesawat ringan mendarat cemas di Subang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Cambodia Airways mulakan penerbangan terus Phnom Penh-Kuala Lumpur
Syarikat penerbangan Kemboja, Cambodia Airways, secara rasmi memulakan penerbangan terus dari ibu negaranya, Phnom Penh ke KLIA pada Khamis.
Semangat baharu bina ekosistem inovasi lebih dinamik
Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia, MTDC meneruskan kesinambungan dalam memacu pembangunan teknologi negara, dengan melancarkan Citra MTDC, untuk mewujudkan ekosistem inovasi yang lebih dinamik.
Polis tahan guru disyaki liwat tiga pelajar
Tiga pelajar tahfiz dipercayai menjadi mangsa seks luar tabii apabila didakwa diliwat seorang guru agama dari pusat tahfiz berkenaan sejak dua tahun lalu.
Rumah Terbuka Aidilfitri Selangor di KKB langgar Akta - Bersih
Penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri Peringkat Negeri Selangor yang akan dianjurkan di Pekan Kuala Kubu Bharu Sabtu ini, boleh bercanggah dengan banyak peruntukan dalam Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (AKPR).
Penduduk dakwa siren amaran banjir tidak bunyi
Penduduk di Kampung Bukit Tambun, Durian Tunggal, Melaka mendakwa siren amaran banjir tidak berbunyi ketika air sungai melimpah.
22 kawasan perumahan terjejas banjir di Melaka
Sebanyak 22 kawasan perumahan terjejas akibat banjir kilat di Melaka dengan dua pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka, sejak awal pagi tadi.
Kampung Morten dilanda air pasang besar
Perkampungan tradisional Melayu, Kampung Morten di sini dinaiki air apabila Sungai Melaka melimpah akibat fenomena air pasang besar, hari ini.
Banjir Melaka: Bilangan mangsa di tiga daerah menurun - JBPM
Bilangan mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah Alor Gajah, Melaka Tengah dan Jasin semakin menurun susulan keadaan cuaca semakin baik.
Banjir Melaka: Anggota bomba nyaris lemas masih kritikal
Mangsa Mohd Diya Che Jusoh,46, yang bertugas di Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Melaka Tengah masih belum sedarkan diri dan sedang dirawat di Hospital Melaka.
Banjir Melaka: PM ajak Keluarga Malaysia doa anggota bomba ditimpa kemalangan pulih
Dalam kejadian tersebut, Mohd Diya dipercayai sedang memasang tali di kawasan banjir bagi membantu penduduk kampung keluar dari kediaman masing-masing.
Banjir kilat Melaka: 36 kawasan terjejas, 3 pusat pemindahan dibuka malam ini
Tiga pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Melaka selepas sekurang-kurangnya 36 kampung dan taman perumahan dilanda banjir kilat akibat hujan lebat lebih empat jam sejak tengah hari tadi.
Banjir Melaka: Dua sekolah ditutup
Dua sekolah itu ialah SK Kerubong di Melaka Tengah dan SK Belimbing Dalam di Alor Gajah.
'Sudah 4 tahun tidak tidur lena' - Mangsa banjir
Itu antara keluhan mangsa banjir yang terpaksa dipindahkan selepas banjir memburuk di dua daerah di Melaka sejak pagi Ahad.
'Ini banjir terburuk di Melaka sejak 2014...' - Mangsa
Bagi mangsa-mangsa banjir di Melaka, bencana yang melanda negeri itu kali ini merupakan yang paling teruk mereka alami sejak empat tahun lepas.