awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir: Syed Saddiq perlu tahu prosedur saringan COVID-19 di Johor - Bastien

Fareez Azman
Fareez Azman
09/01/2022
20:20 MYT
Banjir: Syed Saddiq perlu tahu prosedur saringan COVID-19 di Johor - Bastien
Bastien berkata, Syed Saddiq seharusnya tahu akan prosedur berkenaan saringan COVID-19 sebelum membantu mangsa banjir. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Semua pihak perlu menghormati prosedur yang dikeluarkan pihak berkuasa dalam menyalurkan bantuan kepada mangsa banjir.
Demikian kata Ketua Pemuda UMNO Segamat, Bastien Onn mengulas mengenai enam sukarelawan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) yang disiasat polis kerana tidak mengikut prosedur ditetapkan.
Jelasnya, perkara itu seharusnya diketahui Ahli Parlimen Muar yang juga Presiden Muda, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.
"Saya nak ingatkan Syed Saddiq janganlah bermain politik dengan musibah banjir ini. Segamat sudah hadap banjir sejak 1 Januari.
“Di mana kamu?," kata Bastien dalam kenyataan pada Ahad malam.
Jelasnya, prosedur terbabit demi keselamatan kedua-dua pihak iaitu sukarelawan dan mangsa banjir bagi mengurangkan risiko jangkitan COVID-19.
Tambahnya, menjadi tanggungjawab setiap sukarelawan tanpa mengira sama ada daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) atau parti politik agar mengikut peraturan ditetapkan ketika membantu mangsa banjir.
Jelasnya lagi, ia bukan untuk menyusahkan sukarelawan, sebaliknya sebagai langkah berjaga-jaga terutama ketika varian Omicron semakin menular di negara ini.
"Peraturan supaya mendapatkan kebenaran adalah bertujuan bagi memastikan semua sukarelawan yang datang dari seluruh pelusuk Malaysia bebas COVID-19 sebelum bercampur gaul dengan mangsa banjir.
"Ini adalah peraturan yang wajar kerana COVID-19 varian Omicron sedang berleluasa dan kita sebagai penduduk Segamat tidak mahu ada penularan wabak di saat kesusahan menghadapi musibah banjir ini," ujarnya yang juga Exco Pemuda UMNO Malaysia.
Sebelum ini, Syed Saddiq mendakwa enam sukarelawan Muda disoal siasat Polis Diraja Malaysia (PDRM) kerana menyampaikan bantuan secara terus kepada mangsa banjir di rumah dan pusat pemindahan sementara (PPS) di Segamat, tanpa meletakkannya di tempat khusus terlebih dahulu.
Beliau turut memohon maaf dan mengharapkan budi bicara pihak berkuasa terhadap sukarelawan parti itu yang memberi bantuan terus kepada mangsa banjir tanpa melalui prosedur ditetapkan pihak berkuasa daerah.
BACA: 6 sukarelawan Muda disoal siasat polis: Syed Saddiq mohon maaf, hanya niat beri bantuan
Banjir | Maaf, niat hanya nak bantu secepat mungkin - Syed Saddiq
Topic Berkaitan
#Pemuda UMNO Johor
#bastien onn
#banjir segamat
#Syed Saddiq
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan