KUANTAN: Tawakal menjadi pegangan kepada mangsa banjir Zarina Abd Ghani apabila dia bersama lapan ahli keluarga terpaksa meninggalkan rumah dalam keadaan tergesa-gesa selepas kediamannya di Kampung Kurnia di sini, dinaiki air secara mendadak.
Zarina, 40, berkata mereka tidak menjangkakan keadaan itu akan berlaku kerana pada banjir sebelum ini, mereka masih boleh mengemas barangan penting selain banjir besar yang melanda Kuantan pada 2013 hanya menyebabkan air naik separas lutut.
"Kami baru habis memindahkan kereta dan sebuah motosikal ke kawasan tinggi apabila paras air naik mendadak...risau dengan keselamatan anak-anak, kami hanya mampu menolak sebuah lagi motosikal ke dalam rumah dan terus mencapai barangan penting.
"Kemudian terus keluar, kunci pintu dan sebelum meninggalkan rumah, saya hanya berdoa supaya barangan di dalam rumah selamat. Setakat hari ini, saya diberitahu air sudah ke paras tingkap," kata suri rumah itu semasa ditemui di pusat pemindahan sementara (PPS) Wisma Belia di sini.
Zarina antara 225 mangsa banjir di PPS itu, yang 'menerima kunjungan' Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang berkenan menyantuni mangsa banjir di tiga PPS sekitar daerah ini semalam.
Turut berangkat ialah anakanda Seri Paduka Baginda berdua Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah dan Tengku Panglima Raja Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah.
Sementara itu, warga emas Halimah Abdullah, 60, dari Bukit Rangin Damai di sini berkata walaupun rumahnya banjir, dia lebih memikirkan suaminya Zakaria Abdul Salam, 80, yang terpisah sejak mereka berpindah ke PPS.
Halimah berkata semasa kejadian, keadaan begitu cemas dan dia bersama seorang anak perempuan berusia 21 tahun menumpang jiran untuk ke PPS manakala suaminya yang tidak sihat dibawa oleh jiran lain, namun difahamkan kereta jirannya mengalami masalah tayar pancit dalam perjalanan ke PPS menyebabkan 'konvoi' terpisah.
"Selepas itu saya dihubungi suami mengatakan mereka di PPS di Sungai Isap. Walaupun tahu ada yang akan menjaga suami, tapi saya lebih senang kalau dia di depan mata kerana dia ada lelah teruk sehingga beberapa kali dimasukkan ke hospital," katanya.
Sementara itu, di PPS Sungai Isap, kanak-kanak Nur Yasmi Abdullah, 11, tidak putus-putus senyum apabila dimaklumkan bahawa 'lelaki memakai uniform tentera' yang menyapanya ialah Tengku Hassanal yang turut berkenan mengurniakan sumbangan kepadanya.
"Tak sangka dapat jumpa anak raja bila duduk di PPS dan lebih seronok bila Tengku (Hassanal) berhenti dan menyapa saya kerana ramai lagi di sini," katanya yang berpindah ke situ bersama lima ahli keluarga selepas rumah mereka di Permatang Badak di sini dinaiki air separas tingkap.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Dec 21 2021
Penduduk Kampung Belukar, Kuantan meninggalkan kediaman masing-masing untuk ke pusat pemindahan sementara setelah kampung itu dinaiki air. - Foto BERNAMA
Skuad B-23 kurang cergas - O' Donell
Aspek kecergasan perlawanan menjadi penyebab utama pemain skuad Bawah 23 Tahun negara gagal memberikan saingan terbaik pada kempen Piala Asia B-23.
Tiada rancangan tubuh tribunal tanah
Kerajaan negeri tidak mempunyai rancangan untuk menubuhkan tribunal tanah memandangkan peruntukan yang ditetapkan dalam Ordinan Tanah Sabah memadai untuk mengendalikan isu pertikaian tanah di negeri ini.
Pembangkang tidak dipinggir, peruntukan tetap diberikan
Wakil rakyat pembangkang tidak dipinggir, peruntukan tetap diberi
Kerajaan negeri akan memperhalusi keperluan supaya peruntukan projek pembangunan dari Persekutuan di setiap daerah dimaklumkan kepada semua wakil rakyat termasuk pihak pembangkang.
Kerajaan negeri akan memperhalusi keperluan supaya peruntukan projek pembangunan dari Persekutuan di setiap daerah dimaklumkan kepada semua wakil rakyat termasuk pihak pembangkang.
Enam rumah separuh kekal di Kampung Unta musnah
Sekurang-kurangnya enam buah rumah jenis separuh kekal di Kampung Unta, Lahad Datu musnah dalam kebakaran pada awal pagi Rabu.
Hampir 5 juta rakyat Malaysia berisiko hidap pradiabetes, diabetes - Lukanisman
Diabetes tidak menunjukkan simptom dan kebanyakan individu tidak sedar menghidapinya selain berkemungkinan tidak menjalani pemeriksaan awal.
Harga petrol, diesel kekal bagi tempoh 25 April hingga 1 Mei
Harga itu ditetapkan berdasarkan harga runcit mingguan produk petroleum menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik.
Jasad mendiang Joanna dikebumikan di Serian esok
Jasad mendiang Laskar Kanan Joanna Felicia Rohna akan diberikan penghormatan terakhir mengikut tradisi tentera laut di lokasi yang dipersetujui waris di Serian.
Pegawai polis lakukan amang seksual ditahan
Polis Johor menahan seorang pegawai polis berpangkat Inspektor kerana disyaki melakukan amang seksual fizikal ke atas remaja perempuan berusia 16 tahun, di kawasan Taman Johor Jaya, Isnin lalu.
Tak lepas tol kerana baki kad TnG tak cukup punca jurutol dimarah
Kejadian dipercayai berlaku selepas kereta dipandu suspek mahu melepasi Plaza Tol Segambut di DUKE pada 11.15 malam Ahad lepas.
Mahkamah tolak permohonan 186 pekebun durian Musang King
Mahkamah Tinggi menolak permohonan 186 pekebun durian Musang King di Raub untuk mendapatkan kebenaran semakan kehakiman bagi notis pengosongan tanah.
Asia rantau paling banyak dilanda bencana di dunia, kata agensi meteorologi PBB
WMO berkata ribut dan banjir mengakibatkan angka korban dan kerugian ekonomi tertinggi, sementara kesan gelombang haba menjadi lebih teruk.
Penduduk Durian Tunggal resah rumah berisiko dinaiki air selepas hujan lebat
"Setiap kali sambutan Aidilfitri saya tidak terfikir untuk menghias rumah seperti orang lain..."
Jawatankuasa Bertindak selesaikan masalah banjir di Hang Tuah Jaya
Jawatankuasa itu akan meneliti semua penyelesaian telah dirangka secara mikro serta makro dan pelaksanaanya akan dilakukan segera.
Banjir Dubai: UAE masih bergelut selepas ribut
Operasi di lapangan terbang dan hab perjalanan utama kekal terganggu selepas ribut melanda Selasa lalu.
Mangsa banjir di tiga negeri menurun - NADMA
Jumlah mangsa banjir menurun kepada 759 mangsa yang ditempatkan di enam pusat permindahan sementara setakat 6 pagi tadi.
Mangsa banjir di tiga negeri meningkat kepada 748 orang - NADMA
Terdapat tiga PPS beroperasi iaitu di daerah Petaling yang menempatkan 356 mangsa, PPS di Klang (204 mangsa) dan Kuala Selangor (54 mangsa).
Semua pihak diminta siap siaga, segera salurkan bantuan mangsa banjir - Ab Rauf
Wakil rakyat dan agensi berkaitan termasuk pihak berkuasa tempatan diarahkan supaya siap siaga dan menyalurkan bantuan awal kepada semua mangsa yang terjejas akibat banjir terutama di Alor Gajah.
Hujan paling lebat di UAE: Rangkaian lebuh raya, lapangan terbang Dubai dilanda banjir
Kebanyakan sekolah di seluruh UAE ditutup manakala pekerja pejabat diarahkan supaya bekerja dari rumah.
UAE alami hujan paling lebat dalam tempoh 75 tahun
Dalam peristiwa cuaca bersejarah, Emiriah Arab Bersatu (UAE) menyaksikan taburan hujan paling lebat direkodkan dalam tempoh 24 jam lepas, lapor Agensi Berita Emirates (WAM).
Banjir Dubai: Lapangan Terbang Antarabangsa 'lumpuh' 25 minit, 45 penerbangan dibatalkan
Ribut luar biasa menyebabkan operasi di DXB tergendala selama 25 minit dengan 21 penerbangan keluar dan 24 penerbangan masuk dibatalkan.