KUALA NERUS:Tiga daerah di negeri ini mula dilanda banjir sejak semalam, dengan 192 mangsa di kawasan terjejas mula dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) malam tadi.
Sehingga jam 8 pagi ini, sebanyak empat PPS telah diaktifkan bagi menempatkan 57 buah keluarga dari daerah Kuala Terengganu, Dungun dan Kuala Nerus.
Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Terengganu, Leftenan Kolonel (PA) Che Adam A Rahman berkata, daerah Kuala Nerus merekodkan jumlah mangsa tertinggi setakat ini iaitu 151 orang.
Susulan itu, dua PPS dibuka bagi menempatkan 46 buah keluarga.
Menurutnya, sebanyak 45 keluarga ditempatkan di Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Jembal manakala satu keluarga lagi melibat empat individu ditempatkan di Balai Raya Alor Damat.
Sementara itu, seramai 15 mangsa melibatkan lima keluarga dari daerah Kuala Terengganu dipindahkan ke SK Chendering.
Bagi daerah Dungun pula, seramai 22 mangsa daripada enam keluarga ditempatkan di PPS Dewan Sivik Seberang Pintasan.
Semua mangsa mula dipindahkan secara berperingkat sejak malam tadi selepas kediaman mereka mula dinaiki air.
Terdahulu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan notis amaran cuaca buruk di Kelantan, Terengganu dan Pahang yang dijangka berterusan sehingga hari ini.
Ia melibatkan Kota Bharu, Bachok, Pasir Puteh dan Kuala Krai di Kelantan serta Maran, Kuantan dan pekan di Pahang serta seluruh negeri Terengganu.
Nur Fazlizai Ali
Tue Nov 24 2020

Penduduk setempat mula berpindah selepas rumah mereka dinaiki air berikutan hujan lebat di Taman Murni Permai, Tok Jembal malam tadi. --fotoBERNAMA
![[SIDANG MEDIA] Perintah Kawalan Pergerakan (PKP/PKPB) - 21 Jan 2021 [SIDANG MEDIA] Perintah Kawalan Pergerakan (PKP/PKPB) - 21 Jan 2021](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/TranscodedFile/12715250461611224954475/1886641_26098767961611225067894_640x360.jpg)
[SIDANG MEDIA] Perintah Kawalan Pergerakan (PKP/PKPB) - 21 Jan 2021
Ikuti sidang media khas berhubung Perintah Kawalan Pergerakan (PKP/PKPB), Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

PKP di tujuh negeri dilanjut hingga 4 Februari - Ismail Sabri
Negeri-negeri berkenaan ialah Pulau Pinang, Selangor, Melaka, Johor, Sabah, Kelantan serta Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan).

Wanita lebih terkesan akibat COVID-19: Ini fokus kajian impak pandemik Ipsos
Berikut lima tumpuan tinjauan Ipsos berjudul Impak pandemik terhadap tenaga kerja rakyat Malaysia.

Cerita Sebalik Berita: Tinjauan penguatkuasaan keselamatan perairan di Terengganu
Wakil Astro AWANI Terengganu, Nur Fazlizai Ali menceritakan mengenai Tinjauan penguatkuasaan keselamatan perairan di Terengganu

Tuduh polis tendang motosikal: Siasatan 7 lelaki halang tugas penjawat awam selesai
Kertas siasatan kes itu telah diserahkan kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya (TPR) untuk tindakan selanjutnya.

COVID-19: 132 kes positif, satu kematian di Sarawak
Sarawak melaporkan pertambahan 132 kes positif COVID-19 pada Khamis menjadikan jumlah keseluruhan kes positif negeri itu meningkat kepada 2,702 kes.

Cerita Sebalik Berita: Tinjauan penguatkuasaan Op Benteng Laut / Op Khas Belangkas 2021
Wartawan Astro AWANI, Fareez Azman menceritakan kisah Tinjauan penguatkuasaan Op Benteng Laut / Op Khas Belangkas 2021.

Terbuka Thailand: Aaron-Wooi Yik tewaskan juara remaja dunia Indonesia
Aaron dan Wooi Yik menepati ramalan apabila memperoleh kemenangan mudah 21-12 dalam set pertama.

1,781 Tabika Perpaduan laksana PdPR
Halimah berkata, kaedah PdPR dilaksanakan adalah secara lancar di seluruh TP menerusi dua kaedah berkenaan.

COVID-19: London tukar bas jadi ambulans, pindahkan pesakit
Syarikat bas Go-Ahead, bersetuju meminjamkannya bas bagi membantu memindahkan pesakit, termasuk ke Hospital London Nightingale yang baru dibuka semula.

50 ekor gajah berkeliaran di dua kawasan kampung di Kluang cari makanan
Sekumpulan gajah dilihat berkeliaran di sekitar kawasan Kampung Sri Lukut dan Kampung Pinggir, Kahang, dekat Kluang, sejak beberapa hari lepas, dipercayai sedang mencari makanan.

Berita tempatan pilihan sepanjang Rabu
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Banjir di Sabah semakin pulih
Hanya empat daerah masih terkesan dengan banjir dan jumlah mangsa direkodkan seramai 413 orang setakat 8 malam tadi.

SEDCO ketuai pengurusan tebatan banjir di Beaufort - Hajiji
Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sabah (SEDCO) akan mengetuai pengurusan tebatan banjir di daerah Beaufort, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

Permohonan tangguh bayaran balik PTPTN mulai 20 Januari hingga 31 Mac
PTPTN dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan tiada sebarang dokumen sokongan diperlukan semasa permohonan.

Ahmad Maslan ditegur ahli UMNO, diminta fokus isu rakyat
Datuk Seri Ahmad Maslan digesa untuk fokus kepada isu-isu rakyat dari hal darurat yang telah diperkenan oleh Yang DiPertuan Agong.

Moratorium, pembiayaan bertindih untuk usahawan TEKUN terkesan banjir
Usahawan TEKUN yang terjejas dengan banjir dibenarkan untuk mengeluarkan simpanan dalam akaun pembiayaan mereka dan boleh membuat penjadualan semula pembiayaan.

Mangsa banjir di Sabah meningkat kepada 791 orang
Antara daerah terjejas teruk akibat banjir setakat ini adalah Beaufort, Paitan, Kota Kinabalu, Kota Belud, Tuaran, Papar dan Tenom.

Banjir: Sarawak, Pahang semakin pulih, jumlah mangsa di Sabah kekal
Bagaimanapun di Sabah, keadaan banjir tidak banyak berubah dengan lapan daerah masih terjejas banjir.

Banjir: Tiada sekolah menengah ditutup di Sabah
Setakat hari ini, kesemua calon SPM dan STPM akan memulakan sesi persekolahan seperti biasa membabitkan jumlah seramai 51,294 orang pelajar.