BERUAS: Kerajaan diminta menyegerakan Projek Tebatan Banjir Lembangan Sungai Beruas bagi menyelesaikan masalah banjir termenung di pekan Beruas dan beberapa buah kampung di sekitarnya.
Banjir di kawasan itu didakwa berpunca daripada pembetung di kawasan berkenaan yang tidak dapat menampung jumlah aliran air ketika hujan lebat.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Baharu, Azman Noh berkata, kejadian banjir di kawasan itu bukan berpunca daripada masalah sistem perparitan.
“Kawasan di sini dari segi fizikalnya macam kawah, jadi biasanya banjir akan mengambil masa yang panjang untuk surut, kita istilahkan di sini adalah banjir termenung.
"Pernah satu ketika, tak silap saya tahun 2017, hampir tiga bulan mangsa berada di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) kerana air tak mengalir keluar memandangkan paras sungai lebih tinggi dari penempatan,” katanya.
Beliau ditemui ketika bersama-sama Exco Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat dan Pembangunan Usahawan Perak, Salbiah Mohamed melawat PPS di Sekolah Agama Rakyat Padang Serai, di sini, pada Jumaat.
Menurut Azman, beliau difahamkan projek tebatan banjir itu telah diluluskan untuk Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) dengan kos hampir RM30 juta dan pihak juruperunding telah memulakan kerja-kerja awal.
Sementara itu, Salbiah berkata, PPS di Padang Serai yang dibuka sejak lebih 10 hari lalu, masih menempatkan 108 daripada 57 keluarga.
Menurutnya, selain bantuan keperluan asas, pihaknya juga menyediakan pelbagai program untuk memastikan emosi mangsa sentiasa terkawal.
“Ini sebenarnya satu perkara yang perlu kita ambil kira apabila kita menghadapi musibah, dari segi emosinya kita kena melihat.
“Jadi, bila emosi stabil, insya-Allah perancangan kita untuk setiap tindakan akan dipermudahkan,” ujarnya.
Abd Razak Mohd Ali
Sat Nov 26 2022

Banjir di kawasan itu didakwa berpunca daripada pembentung di kawasan berkenaan yang tidak dapat menampung jumlah aliran air ketika hujan lebat. - Gambar/ Astro AWANI

Lagenda Knicks Willis Reed meninggal dunia pada usia 80 tahun
Sebelum ini Reed dilaporkan mengalami pelbagai masalah kesihatan berkaitan jantung tahun lepas.

KSM bersedia kendali, stuktur semula program berkaitan TVET
Kementerian Sumber Manusia bersedia memikul tanggungjawab untuk mengendali dan menstruktur semula program berkaitan TVET di negara ini.

Maszlee Malik kembali bergelar pensyarah
Bekas Menteri Pendidikan itu memulakan tugas sebagai pensyarah di University of Cyberjaya.

Malaysia raih potensi pelaburan RM24 bilion dari Korea Selatan - MIDA
Misi Perdagangan dan Pelaburan (TIM) ke Korea Selatan baru-baru ini, berjaya menjana potensi pelaburan bernilai RM24 bilion bagi Malaysia.

Pengemis 'buta' bertongkat larikan diri diekori JKM
Individu dipercayai menyamar mengalami kecacatan penglihatan itu melarikan diri sebaik sahaja menyedari dirinya diekori.

Iran sedia pulihkan hubungan ekonomi dengan negara Arab
Iran bersedia untuk menyambung semula hubungan ekonomi dengan semua negara Arab di Timur Tengah berikutan perjanjian mengenai pemulihan hubungan diplomatik dengan Arab Saudi baru-baru ini.

Najib masuk hospital akibat jangkitan paru-paru
Datuk Seri Najib dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur sejak beberapa hari lalu, tetapi kini sudah kembali ke penjara.

Jawatankuasa Eksekutif Dasar Sekuriti Makanan mahu lebih banyak pihak beri input
Hasil mesyuarat akan dibawa kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas Aidilfitri.

PKNS santuni gelandangan ibu kota, ringankan beban menjelang Ramadan
PKNS berkerjasama dengan sebuah badan bukan kerajaan iaitu Pertubuhan Jejak Jalanan, dalam menghulurkan sumbangan.

Kerajaan sedang muktamadkan Inisiatif Program Fasiliti Sokongan Akaun 2 - Kementerian Kewangan
Menurut Kementerian Kewangan inisiatif itu juga tidak bercanggah dengan Seksyen 51, Akta KWSP 1991 kerana baki simpanan dalam Akaun 2 hanya digunakan sebagai sandaran.

Banjir: Mangsa di Bagan Datuk berdepan fenomena air pasang besar pula
Selepas menghadapi banjir termenung atau banjir genang, mangsa di Daerah Bagan Datuk kini berdepan pula dengan fenomena air pasang besar.

Banjir termenung: Segerakan projek tebatan banjir di Beruas
Banjir di kawasan itu didakwa berpunca daripada pembetung yang tidak dapat menampung jumlah aliran air ketika hujan lebat.

Mangsa banjir di Perak meningkat, Selangor rekod penurunan
Melaka dan Kelantan pula merekodkan jumlah mangsa banjir sama berbanding malam tadi.

Mangsa banjir di Perak meningkat, satu lagi PPS dibuka
Sebuah lagi PPS dibuka di Dewan Orang Ramai Batu 8, Changkat Jong di daerah Hilir Perak, pada 7 pagi ini.

153 mangsa banjir Taiping masih di tiga PPS
Seramai 153 mangsa banjir daripada 50 keluarga masih ditempatkan di tiga pusat pemindahan sementara (PPS) setakat malam ini.

Perak kenal pasti 76 lokasi 'hotspot' banjir - MB
Perak mempunyai 76 lokasi yang telah dikenali sebagai hotspot banjir, termasuk di daerah Lenggong.

Banjir: Kampung Bukit Semanggol dinaiki air, mangsa terjejas dipindah ke PPS
Seramai 12 individu daripada tiga keluarga di Kampung Bukit Semanggol, di sini, terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) selepas kampung itu dilanda banjir, hari ini.

Jumlah mangsa banjir di Perak berkurangan petang ini
Jumlah mangsa banjir di Perak pada petang ini berkurangan kepada 113 orang daripada 39 keluarga berbanding 202 mangsa daripada 60 keluarga pada pagi tadi.

Banjir kilat: Empat keluarga di Changkat Jong dipindahkan
Hujan yang berterusan menyebabkan paras air naik sekitar 0.3 meter dan 11 mangsa dipindahkan sementara ke Dewan Changkat Jong.

18 keluarga masih terjejas banjir di Hilir Perak
Mereka merupakan penduduk Kampung Sungai Rambai, Kunci Air 12 Headwork, Kampung Tanjong Keramat, Sungai Kucing dan Sungai Seluang.