SEREMBAN: Meskipun berdepan kerugian beribu ringgit akibat bencana banjir, Norazizan Musa menyifatkan pemberian wang ihsan RM1,000 sekurang-kurangnya dapat membantu beliau membeli peralatan belajar dua anaknya yang melanjutkan pengajian di universiti.
Ibu berusia 51 tahun itu berkata semua buku serta peralatan lain milik Nur Fatiha Jamrus, 21, dan Haziqah Jamrus, 20, masing-masing menuntut di Universiti Teknologi Mara dan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia rosak akibat air naik mendadak pada malam kejadian banjir di Kampung Jelin di sini pada 18 Dis lepas.
"Alhamdulillah, duit bantuan saya beli barang keperluan pelajaran anak-anak saya yang musnah akibat banjir, pembelajaran mereka di universiti lebih penting. Selain bantuan ini, komuniti, Ahli Parlimen, kerajaan negeri dan sukarelawan banyak membantu saya sekeluarga dalam aspek lain," katanya kepada Bernama.
Mohd Fouzi Md Isa, 58, pula berkata sumbangan wang tunai itu juga digunakan untuk dua anaknya yang masih menuntut di universiti awam ketika ini dan membeli keperluan asas di rumah.
BACA SEMUA BERHUBUNG BENCANA BANJIR 2021 DI SINI
Menetap di Kampung Kuala Klawang, beliau berkata bencana itu telah menghanyutkan barangan pembelajaran anak-anaknya dan ada buku yang rosak serta tidak dapat digunakan lagi.
"Paling penting sekarang adalah soal pengajian anak saya, saya nak uruskan perkara itu dulu. Terima kasih kepada semua pihak yang meringankan beban saya dan memudahkan pemberian bantuan ini," katanya yang menerima bantuan wang ihsan daripada Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Mahdzir Khalid di Pusat Pemindahan Sementara Dewan D'sury, Kuala Klawang di sini.
Bagi Adul Latif Amir, 40, sumbangan wang tunai yang dihulurkan oleh kerajaan negeri sedikit sebanyak dapat meringankan beban keluarganya kerana nilai kerosakan harta benda akibat banjir dianggarkan RM20,000.
"Alhamdulillah, kerajaan negeri dapat membantu mangsa banjir, saya amat bersyukur kerana wang tunai RM1,000 yang dihulurkan dapat beli keperluan penting ketika ini. Sekiranya tiada bantuan ini, saya tidak tahu bagaimana nasib saya ketika ini," katanya yang menetap di Kampung Sungai Timun, Rembau.
Beliau berkata pelbagai pihak tidak putus-putus menghulurkan bantuan dari segi kewangan, keperluan rumah, makanan dan tenaga bagi aktiviti pembersihan.
Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun pula berkata sebanyak 3,462 mangsa banjir di negeri itu layak menerima bantuan bencana berjumlah RM1,000 bagi setiap keluarga dan peruntukan lebih RM3 juta telah diagihkan secara berperingkat bermula Jumaat lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Dec 29 2021
Mahdzir (kanan) menyerahkan barangan keperluan kepada Ahli Parlimen Jelebu Datuk Seri Jalaluddin Alias (kiri) untuk disumbangkan kepada mangsa banjir ketika melawat pusat pengumpulan dan pengagihan barangan di Jelebu, 28 Dis 2021. --fotoBERNAMA
Agenda AWANI: Banjir 2.0 | Jaga nyawa diri dan anggota penyelamat
Siap siaga lebih awal, tambah baik pergerakan operasi dan penyelarasan keperluan aset dan logistik. Itu persediaan yang dilakukan Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) dalam misi bantuan banjir gelombang kedua dan seterusnya. Temu bual bersama KP JBPM Datuk Noor Hisham Mohammad 8.30 malam ini.
AWANI Ringkas: LRT Mutiara | Sidang Parlimen
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Mahkamah | Dadah | Kes Hilang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pindaan RUU 588: Satira, parodi bukan lagi jenayah selagi tidak ‘jelik melampau’ - Fahmi
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata Rang Undang-undang (RUU) Komunikasi dan Multimedia (Pindaan) 2024 menegaskan kebebasan dan hak bersuara rakyat dalam batas yang khusus. Jelasnya dalam pindaan ini, kesalahan dibawah Seksyen 233 tidak lagi menjadikan satira dan parodi sebagai suatu jenayah secara automatik.
Faisal Halim antara 94 penerima Anugerah Sultan Selangor
Pemain sayap Selangor FC, Faisal Halim menerima pingat darjah kebesaran Ahli-Sultan Sharafuddin Idris Shah sempena ulang tahun hari keputeraan ke-79 Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah pada Rabu.
Faisal atau dikenali dengan panggilan Mickey antara 94 penerima darjah dan bintang kebesaran yang berlangsung di Balairung Seri, Istana Alam Shah, Klang.
Faisal atau dikenali dengan panggilan Mickey antara 94 penerima darjah dan bintang kebesaran yang berlangsung di Balairung Seri, Istana Alam Shah, Klang.
Banjir surut, penduduk pulang, tetapi siap sedia kembali ke PPS
Situasi banjir di Terengganu yang mula surut ketika ini membolehkan penduduk terjejas pulang ke kediaman masing-masing, namun mereka sentiasa siap sedia untuk kembali semula ke PPS dalam tempoh Monsun Timur Laut ini.
MTDC perkukuh teknologi tempatan dengan pelancaran dana MySTI
Malaysian Technology Development Corporation (MTDC) melancarkan Dana Uji Beli (DUB) dan Dana Mudah Cara (DMM) di bawah program MySTI, dalam usaha memperkukuhkan inovasi dan pengkomersialan teknologi tempatan.
Kerajaan pandang serius isu penyamaran nelayan asing
Jika terdapat penyalahgunaan lesen, tindakan tegas akan diambil di bawah Seksyen 13 Akta Perikanan 1985 termasuk penggantungan atau pembatalan lesen vesel.
Situasi di Semenanjung Gaza semakin merosot - Pegawai PBB
Penyelaras Kanan PBB berkata, sejak April lepas UNSC telah diingatkan mengenai risiko keruntuhan undang-undang dan ketenteraman.
Mahkamah benarkan kerajaan halang PetroSaudi guna dana RM1.61 bilion
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Rabu membenarkan permohonan kerajaan untuk menghalang PetroSaudi International Ltd (PSI) dan pengarahnya, Tarek Obaid, daripada menggunakan dana sebanyak AS$340 juta (RM1.61 bilion) yang dikaitkan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Hakim Datuk Ahmad Shahrir Mohd Salleh membenarkan perintah larangan tersebut selepas pihak pendakwa raya berjaya membuktikan melalui afidavit bahawa dana AS$340 juta itu merupakan subjek atau bukti dalam kesalahan pengubahan wang haram.
Hakim Datuk Ahmad Shahrir Mohd Salleh membenarkan perintah larangan tersebut selepas pihak pendakwa raya berjaya membuktikan melalui afidavit bahawa dana AS$340 juta itu merupakan subjek atau bukti dalam kesalahan pengubahan wang haram.
Bantuan Wang Ihsan kepada KIR terjejas banjir mula diagihkan semalam - Ahmad Zahid
Kerajaan Persekutuan mengagihkan Bantuan Wang Ihsan RM1,000 untuk ketua isi rumah (KIR) yang terjejas akibat banjir di seluruh negara bermula semalam.
Bantuan bencana banjir BWI diteruskan - Wilson
Kerajaan akan meneruskan bantuan kepada mangsa bencana yang layak termasuk pemberian Bantuan Wang Ihsan (BWI) sebanyak RM1,000 kepada setiap ketua isi rumah (KIR).
Banjir: 802 keluarga terima bantuan wang ihsan RM1,000 - MB Pahang
Sebanyak 802 ketua isi rumah (KIR) yang berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) ketika banjir melanda Pahang baru-baru ini akan menerima Bantuan Wang Ihsan sebanyak RM1,000
Nadma nafi edar borang bantuan banjir
Agensi itu tidak terlibat dalam sebarang proses pendaftaran, kelulusan dan agihan bantuan.
Mangsa banjir lega terima bantuan RM2,500
Rosli berkata, bantuan akan digunakan untuk menggantikan perabot yang rosak akibat banjir, setelah rumahnya dinaiki air paras lutut.
Kelewatan bantuan BWI disebabkan keraguan dalam tuntutan - PM
Perkara tersebut telah menyebabkan berlaku kelewatan dalam proses pengesahan terhadap setiap tuntutan yang dikemukakan mangsa banjir.
Banjir: Agihan BWI di enam negeri capai 100 peratus
Setakat jam 8 pagi Rabu, seramai 118,837 Ketua Isi Rumah (KIR) telah didaftarkan layak untuk menerima BWI.
Nadma salur RM106 juta BWI kepada mangsa banjir
Lima negeri iaitu Melaka, Kelantan, Kuala Lumpur, Terengganu dan Perak telah selesai 100 peratus agihan BWI kepada ketua isi rumah terjejas banjir.
85.7 peratus ketua isi rumah terima Bantuan Wang Ihsan setakat tengah hari ini - PM
Seramai 44,573 atau 85.7 peratus daripada 52,024 ketua isi rumah telah menerima Bantuan Wang Ihsan (BWI) RM1,000 setakat 1 tengah hari tadi, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Banjir Sabah: PM beri jaminan percepatkan bantuan kewangan kepada mangsa
Kerajaan Sabah berharap Kerajaan Pusat akan mempercepatkan penyaluran bantuan kewangan termasuk Bantuan Wang Ihsan (BWI).