KUALA LUMPUR: Enam kumpulan perbankan terbesar Malaysia mempunyai keupayaan untuk berdepan dengan persaingan daripada bank digital inovatif susulan pengumuman lima penerima lesen bank digital oleh Bank Negara Malaysia (BNM) baru-baru ini.
Enam kumpulan perbankan itu ialah Malayan Bank Bhd, CIMB Bank Bhd, Public Bank Bhd, RHB Bank Bhd, Hong Leong Bank Bhd dan AMMB Holdings Bhd, syarikat pegangan bagi AmBank (M) Bhd.
Menurut Moody's Investors Service, walaupun peserta baharu itu akan meningkatkan persaingan deposit dalam segmen pengguna dan perniagaan kecil, namun enam kumpulan bank terbesar tersebut mampu untuk menangkis persaingan dengan francaisnya yang meluas serta pengukuhan digital berterusan yang dilaksanakan yang akan meningkatkan kesetiaan pelanggan.
"Mereka telah membangunkan versi 'super apps' mereka sendiri, yang kini membolehkan pelanggan mengakses set penuh produk dan perkhidmatan kewangan termasuk pembayaran digital bagi pelbagai urus niaga menggunakan antara muka pengaturcaraan aplikasi," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Bank-bank itu juga mendapat manfaat daripada usaha kerajaan untuk menggalakkan kecekapan pembayaran dan kesalingoperasian, yang termasuk pelaksanaan DuitNow dan kod DuitNow Quick Response (QR), sistem pembayaran runcit masa nyata negara dan kod QR yang distandardkan.
Pada 29 April, BNM mengumumkan lima konsortium iaitu Boost Holdings Bhd-RHB Bank Bhd, GXS Bank Pte Ltd-Kuok Brothers Sdn Bhd, Sea Ltd-YTL Digital Capital Sdn Bhd, AEON Financial Service Co Ltd-AEON Credit Service (M) Bhd-MoneyLion Inc dan KAF Investment Bank Sdn Bhd memperoleh lesen bank digital Malaysia.
"Selain itu, kemasukan bank digital tidak akan banyak menjejaskan bahagian pasaran bank-bank terbesar dalam tempoh empat hingga tujuh tahun yang akan datang kerana bank-bank digital ini akan kekal kecil," ujar Moody's Investors Service.
Menurutnya, peserta baharu mungkin akan mengambil masa antara 12 dan 24 bulan untuk ditubuhkan dan perlu lulus audit yang dijalankan oleh BNM sebelum memulakan operasi.
Bagaimanapun, ia berkata bank-bank kecil akan berdepan persaingan sengit daripada peserta baharu dan juga bank-bank lebih besar dan berikutan kekangan sumber, mereka akan terbeban dengan prasarana teknologi legasi mereka.
Moody's berkata Malaysia kini menyertai negara Asia Tenggara lain termasuk Singapura, Filipina dan Indonesia memperkenalkan bank digital ke dalam sistem perbankan mereka
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 04 2022
Enam kumpulan bank terbesar mampu untuk menangkis persaingan dengan francaisnya yang meluas serta pengukuhan digital berterusan. - Gambar hiasan
Rayuan Najib hadiri prosiding tuntutan sivil 1MDB ditolak
Permohonan Datuk Seri Najib Razak bagi merayu keputusan Mahkamah Rayuan yang tidak membenarkan beliau menghadiri prosiding tuntutan sivil 1MDB, ditolak.
Gigit lengan polis, penganggur didenda RM2,000
Seorang penganggur didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret di sini pada Rabu selepas mengaku bersalah menghalang tugas penjawat awam dengan menggigit lengan seorang anggota polis, Sabtu lalu.
Pesawah didakwa 10 tuduhan rogol, liwat anak jiran
Seorang pesawah didakwa di Mahkamah Sesyen Butterworth atas 10 pertuduhan melakukan persetubuhan luar tabii dan merogol seorang remaja perempuan berusia 15 tahun yang juga anak jirannya, bulan ini.
Tukar status tanah rizab Melayu satu kesalahan - SPRM
SPRM menggesa mana-mana pihak untuk salurkan maklumat berhubung sebarang penyelewengan berkait penukaran status tanah rizab Melayu.
Guterres kecam serangan Israel di Rafah, sifatkan 'imej yang menyayat hati'
Antonio Guterres mengutuk sekeras-kerasnya serangan udara Israel pada 26 Mei yang menyasarkan kem di Rafah menempatkan penduduk Palestin yang kehilangan tempat tinggal.
Konsert tema disko satukan Diskoria, Sheila Majid
Diskoria yang dianggotai komposer Merdi Simanjuntak dan Fadli Aat berazam memberikan persembahan terbaik untuk peminat mereka di Malaysia.
Legenda bola sepak Perancis Cantona persoal sikap dunia terhadap Israel
Legenda bola sepak Perancis, Eric Cantona mempertikaikan sikap dunia terhadap Israel.
20 ahli 'Geng TR' dihadapkan ke mahkamah
20 individu dihadapkan ke mahkamah atas pertuduhan menyertai kumpulan jenayah terancang, Geng TR sejak lima tahun lepas.
Pengadu tarik balik laporan, anggap kes dipukul pengawal peribadi hanya salah faham - Polis KL
Rusdi berkata laporan polis kedua dibuat pengadu bagi menyelesaikan perkara yang berlaku secara baik, serta tidak mahu memanjangkan kes.
SPRM setuju lanjut tempoh isytihar harta anak Tun M - Azam Baki
SPRM membenarkan tempoh lanjutan pengisytiharan harta dua anak bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Bank besar Malaysia mampu depani persaingan daripada bank digital inovatif - Moody's Investors
Enam kumpulan bank terbesar mampu untuk menangkis persaingan dengan francaisnya yang meluas serta pengukuhan digital berterusan.
Bank-bank di Malaysia sedia beralih ke perbankan digital - Kajian Backbase
Sektor perbankan runcit di Malaysia kini sedang membuat persiapan untuk menghadapi persaingan dengan menawarkan pelbagai khidmat digital yang baharu buat para pelanggan.
Bank Malaysia miliki permodalan dan kecairan baik, prospek kekal stabil - Moody's
Beberapa bank Malaysia mencatatkan prestasi lebih baik berbanding 2020 bagi tempoh separuh pertama tahun ini.
Prospek bagi bank-bank Malaysia stabil - Moody's
Moody's Investors Service menyatakan prospek bagi sistem perbankan Malaysia adalah stabil (A3 stabil) dalam tempoh 12-18 bulan akan datang.