awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pengguna telefon bimbit Bangladesh melebihi 187 juta
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Polis tahan warga emas acu "pistol" di lebuh raya
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

"Yob Kinding" pula masuk perangkap

Bernama
Bernama
11/01/2026
15:30 MYT
"Yob Kinding" pula masuk perangkap
Yusoff berkata, mamalia tersebut berada dalam keadaan sihat serta tiada sebarang kecederaan pada mana-mana anggota badannya. - Gambar Bernama
SUNGAI SIPUT: Seekor harimau belang jantan yang digelar "Yob Kinding" berjaya ditangkap, selepas memasuki perangkap yang dipasang di sebuah kebun durian berhampiran Bukit Kinding, Chemor, hari ini.

Ringkasan AI
  • Seekor harimau belang jantan digelar "Yob Kinding" berjaya ditangkap selepas dimasukkan ke dalam perangkap di kebun durian berhampiran Bukit Kinding, Chemor.
  • Harimau seberat kira-kira 70 kilogram itu disahkan sihat tanpa kecederaan dan akan dihantar ke Pusat Menyelamat Hidupan Liar Kebangsaan (NWRC) Sungkai untuk rawatan susulan.
  • Pengarah Perhilitan Perak menegaskan harimau ini bukanlah pemangsa liar yang berkeliaran di Bukit Bangkong sebelum ini, turut menasihatkan penduduk berhati-hati di kawasan tersebut.

Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak Yusoff Shariff berkata haiwan pemangsa seberat kira-kira 70 kilogram itu, didapati memasuki perangkap oleh enam anggota Perhilitan yang melakukan rondaan di kawasan berkenaan kira-kira 1 tengah hari tadi.
"Pihak kami menerima laporan daripada Balai Polis Tanjung Rambutan pada pukul 8 malam semalam, selepas mereka (polis) menerima aduan daripada penduduk di Bukit Kinding yang menemukan kesan tapak kaki serta terdengar ngauman harimau di sebuah kebun durian milik persendirian.
"Hasil daripada maklumat berkenaan, pasukan kami telah melakukan rondaan dan mendapati seekor harimau belang jantan telah memasuki perangkap yang telah sedia dipasang di kawasan itu sebelum ini," katanya ketika ditemui Bernama di Pejabat Perhilitan Daerah Sungai Siput, di sini, hari ini.
Yusoff berkata pemeriksaan yang dilakukan di Pejabat Perhilitan Daerah Sungai Siput mendapati, mamalia tersebut berada dalam keadaan sihat serta tiada sebarang kecederaan pada mana-mana anggota badannya.
"Harimau ini akan dihantar ke Pusat Menyelamat Hidupan Liar Kebangsaan (NWRC) Sungkai dalam masa terdekat, untuk rawatan susulan," katanya.
Selain itu, beliau menafikan harimau berkenaan merupakan pemangsa sama yang berkeliaran dan membaham haiwan ternakan penduduk di sekitar Bukit Bangkong sejak 5 Dis.
"Saya rasa yang berjaya ditangkap ini adalah anak kepada harimau belang yang berkeliaran di Bukit Bangkong sebelum ini. Kita percaya yang berkeliaran di Bukit Bangkong itu ialah ibu kepada harimau ini," katanya.
Dalam pada itu, beliau turut menasihatkan penduduk sekitar Bukit Bangkong supaya terus berhati-hati dan mengelak daripada melakukan sebarang aktiviti di kawasan rekreasi tersebut.
Pada 8 Dis, penduduk Bukit Bangkong bimbang apabila dikejutkan dengan laporan serangan haiwan liar dipercayai harimau, yang mengakibatkan dua ekor lembu ternakan mati dan lima ekor lagi hilang pada 5 Dis.
Bertindak atas aduan penduduk, Perhilitan Perak telah memasang dua buah perangkap dan dua kamera jejak di kawasan Bukit Kinding, Chemor dan Bukit Bakong.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Perhilitan
#Yob Kinding
#kawasan rekreasi
#Harimau belang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan