awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketersambungan Borneo asas kukuh pertumbuhan serantau - Abang Johari
12 parti politik ditubuh di universiti menerusi Parlimen Belia - Johari
Malaysia, Ukraine teroka peluang kerjasama infrastruktur jalan raya, pembinaan - Nanta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bank Komersial Sarawak: Syarat pembiayaan lebih mudah dan fleksibel - Naroden

Azizah Alwi
Azizah Alwi
04/05/2023
06:01 MYT
Bank Komersial Sarawak: Syarat pembiayaan lebih mudah dan fleksibel - Naroden
Datuk Naroden Majais menyifatkan cadangan penubuhan bank komersial Sarawak bersifat serampang dua mata iaitu membantu membangunkan komuniti usahawan dengan lebih aktif dan pada masa sama mengembangkan pertumbuhan ekonomi negeri. - Gambar fail.
KUCHING: Penubuhan Bank Komersial milik penuh Kerajaan Negeri Sarawak diyakini mampu memudahkan proses permohonan pembiayaan dari segi syarat yang dikenakan terutama kepada penggiat perusahaan kecil dan sederhana (PKS) negeri itu.
Penasihat Kementerian Perdagangan Antarabangsa Industri Terminal dan Pembangunan Usahawan (MINTRED) Datuk Naroden Majais berkata ia berperanan sebagai serampang dua mata dengan membantu dalam membangunkan komuniti usahawan dengan lebih aktif dan pada masa sama mengembangkan pertumbuhan ekonomi.
Dari segi syarat ujarnya ia mungkin lebih fleksibel bagi mengurangkan karenah birokrasi kepada usahawan tempatan untuk mendapatkan pembiayaan.
“Seandainya kita memiliki bank komersial kita sendiri dengan kawalan oleh kerajaan negeri bermakna kita boleh mengenakan syarat-syarat kita sendiri bagi memudahkan mereka yang memerlukan pinjaman untuk mendapatkan pinjaman.
“Jadi apa yang penting kita nak melihat seandainya kita ada bank komersial ia akan untuk memberi kemudahan kepada usahawan terutama sekali kawasan luar bandar didaerah-daerah yang mana mereka jauh daripada kemudahan-kemudahan seperti itu,” ujarnya.
Beliau berkata demikian semasa ditemui oleh Astro AWANI selepas Majlis Ramah Tamah Aidilfitri 2023 di kediaman rasmi beliau pada Rabu.
Tambah Naroden, proses kelulusan kadar faedah serta tempoh bayaran balik juga mungkin berbeza dengan bank komersial yang lain.
Ia termasuk mengambil kira kategori kumpulan pendapatan yang memohon khususnya golongan B40 dan M40.
“Kelulusan pembiayaan berkemungkinan tidak perlu melalui Kuala Lumpur dan hanya di Kuching sekiranya kita mempunyai bank komersial sendiri.
“Malah dari segi pembiayaan balik boleh dipanjangkan sedikit tempoh dan ianya lebih fleksibel kerana kita mahu bantu lebih ramai usahawan yang terjejas akibat pandemik dan kita tidak mahu melihat ramai usahawan diisytihar muflis,” ujarnya.
Menyentuh soal manfaat kepada kerajaan, Naroden menyifatkan ia sebagai salah satu inisiatif untuk pembangunan usahawan PKS di Sarawak akan lebih berkesan dari aspek meningkatkan ekonomi negeri.
“Apabila usahawan membangun bererti ekonomi kita juga membangun .
“Apabila ekonomi kita membangun kerajaan akan mendapat manfaat dimana kita boleh meningkatkan pendapatan negara.Jika usahawan kita bermasalah ekonomi kita juga akan turut menerima impaknya,” ujarnya.
Untuk rekod, setakat ini sebanyak 80,000 PKS bedaftar di Sarawak dengan 20 peratus daripadanya sedang bergerak aktif dalam sektor perkhidmatan.
Sementara bakinya kurang aktif susulan pandemik COVID-19 sebelum ini.
Topic Berkaitan
#Sarawak
#bank komersial
#PKS
#Naroden Majais
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan