awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Khidmat polis bantuan tidak boleh disalah guna, dikomersialkan - Bukit Aman
'Nasib bangsa bila rambut ditarik orang' - Syed Ali
Indonesia, AS capai persetujuan perdagangan, Prabowo dijangka meterai perjanjian dengan Trump Jan ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bantahan Orang Asli boleh diselesai - MB Kelantan

Bernama
Bernama
06/10/2016
13:23 MYT
Bantahan Orang Asli boleh diselesai - MB Kelantan
AHMAD: Segala aktiviti pembalakan itu dilakukan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Jabatan Perhutanan.
Bantahan lebih 200 penduduk Orang Asli ke atas aktiviti pembalakan di Hutan Simpan Kekal Balah, Gua Musang adalah berpunca daripada salah faham dan boleh diselesaikan, kata Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob.
Beliau berkata, mereka perlu memahami bahawa aktiviti pembalakan merupakan sumber hasil kerajaan negeri dan mereka tidak boleh mendesak agar aktiviti itu dihentikan tanpa alasan kukuh.
"Lagipun, segala aktiviti pembalakan itu dilakukan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Jabatan Perhutanan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pejabat Tanah dan Jajahan Kecil Lojing di Pos Brooke di sini hari ini.
Ahmad diminta mengulas mengenai tindakan penduduk Orang Asli yang berhimpun dan membina sekatan di laluan keluar-masuk lori pengangkut balak di Kampung Petei, Pos Bering di sini sejak 26 September lepas.
Kumpulan berkenaan menggesa semua aktiviti pembalakan di Hutan Kekal Simpan Balah yang berhampiran kawasan penempatan mereka dihentikan kerana mendakwa aktiviti itu merosakkan alam sekitar dan memupus hutan hingga menjejaskan mata pencarian mereka.
Pada Isnin lepas kerajaan negeri mengarahkan syarikat pembalakan agar menangguhkan operasi berkaitan pembalakan di kawasan terbabit sehingga semua isu yang timbul dapat diselesaikan.
Ahmad berkata kerajaan negeri tidak akan menghentikan selama-lamanya aktiviti pembalakan atas sebab salah faham kumpulan penduduk tertentu yang tinggal di kawasan Hulu Kelantan.
Beliau berkata jika aktiviti pembalakan dihentikan, ia akan menjejaskan sumber hasil kerajaan negeri dan merencatkan faedah yang dinikmati rakyat.
Ditanya kemungkinan tindakan kumpulan Orang Asli terbabit adalah akibat hasutan pihak tertentu, Ahmad berkata perbuatan itu tidak harus berlaku kerana ia tidak memberi sebarang faedah.
Topic Berkaitan
#Ahmad Yakob
#aktiviti pembalakan
#Bantahan
#Hutan Simpan Kekal Balah
#Orang Asli
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan