awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hakim syarie diseru tingkat inovasi, percepat penyelesaian kes - Raja Muda Perlis
Malique kongsi foto dukung bayi, ubat kerinduan peminat
Pemandu van Siam mengaku tidak salah langgar gadis hingga maut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bantu jemaah haji daripada terjatuh eskalator, warga KLIA dipuji

Astro Awani
Astro Awani
31/07/2019
05:34 MYT
Bantu jemaah haji daripada terjatuh eskalator, warga KLIA dipuji
Seorang warga kerja Malaysia Airports menerima pujian netizen selepas menyelamatkan seorang penumpang jemaah haji daripada terjatuh dari eskalator di Lapangan Terbang Antarabangsa KLIA.
Seorang warga kerja Malaysia Airports menerima pujian netizen selepas menyelamatkan seorang penumpang jemaah haji daripada terjatuh dari eskalator di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Malaysia Airports menerusi laman Instagramnya memuat naik sebuah video yang menunjukkan Hamdan Maarof dengan pantas menyelamatkan seorang jemaah haji yang hampir terjatuh dari eskalator di KLIA pada pagi Rabu.
Difahamkan, sejurus selepas kejadian tersebut, Hamdan membuat keputusan untuk terus berada di kawasan kejadian sambil membantu para jemaah yang lain.
“Sejurus kejadian tersebut, Hamdan terus berada di kawasan kejadian sambil membantu para jemaah yang lain untuk membawa barangan dan beg ke balai menunggu.
"Syabas sekali lagi Hamdan atas tindakan tangkas anda,” tulis Malaysia Airports.
Tindakan Hamdan kemudian menerima pujian netizen di Instagram. Mereka menyifatkan Hamdan sebagai seorang pekerja yang bertanggungjawab dan prihatin.
Terbaik Encik Hamdan!
View this post on Instagram
Syabas diucapkan kepada wargakerja Malaysia Airports di KLIA bernama Hamdan Maarof kerana tindakan pantasnya berjaya menyelamatkan seorang penumpang jemaah haji daripada terjatuh dari eskelator di Gate C11 pagi tadi. Sejurus kejadian tersebut, Hamdan membuat keputusan untuk terus berada di kawasan kejadian sambil membantu para jemaah yang lain untuk membawa barangan dan beg ke balai menunggu dan terus berjaga-jaga andai kejadian yang sama berulang lagi. Syabas sekali lagi Hamdan atas tindakan tangkas anda! Inilah yang patut kita tonjol dan terapkan dalam kalangan wargakerja Malaysia Airports agar kita dapat menjadi “Caring Host” yang berwibawa kepada tetamu kita.
Topic Berkaitan
#Hamdan Maarof
#jatuh eskalator
#jemaah haji
#KLIA
#Malaysia Airports
#selamatkan penumpang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan