awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump kecam persembahan Bad Bunny di Super Bowl LX: “Antara yang terburuk..."
Cadangan jenamakan ASWARA sebagai Universiti P. Ramlee kembali dibangkitkan
21 Orang Asli ditahan bantu siasatan kes ceroboh tanah Sultan Pahang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bantuan Awal Persekolahan diperluas kepada pelajar Tingkatan Enam

Bernama
Bernama
22/12/2024
05:45 MYT
Bantuan Awal Persekolahan diperluas kepada pelajar Tingkatan Enam
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata peluasan BAP kepada pelajar Tingkatan Enam akan memberi manfaat kepada lebih 100,000 pelajar dengan implikasi kewangan kira-kira RM15 juta. - Gambar fail
PUTRAJAYA: Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata peluasan BAP kepada pelajar Tingkatan Enam akan memberi manfaat kepada lebih 100,000 pelajar dengan implikasi kewangan kira-kira RM15 juta.
"Ini peluang yang sangat baik, BAP diberikan kepada pelajar Tingkatan Enam buat kali pertamanya dalam sejarah, dan kita mahu anak-anak Tingkatan Enam ini terus bersemangat.
"Kita harap inisiatif untuk Tingkatan Enam akan dapat kita tambah baik lagi kerana Tingkatan Enam ini sangat penting, ia pasca-Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan khususnya untuk menjamin akses pendidikan kepada semua," katanya dalam kenyataan hari ini.
Fadhlina berkata agihan BAP kepada pelajar Tingkatan Enam sedia ada akan dilaksanakan pada Februari 2025 manakala pelajar baharu akan menerima BAP pada Julai 2025.
Beliau berkata peluasan pemberian BAP kepada pelajar Tingkatan Enam juga adalah cerminan keprihatinan kerajaan MADANI untuk meringankan beban kewangan ibu bapa dan penjaga dalam melakukan persediaan keperluan persekolahan.
Inisiatif itu juga membuktikan komitmen berterusan Kementerian Pendidikan untuk terus memperkasakan pendidikan selain untuk menggalakkan pelajar memilih pendidikan Tingkatan Enam, selepas SPM, katanya.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan Belanjawan 2025 di Dewan Rakyat pada 18 Okt lepas, mengumumkan BAP diteruskan, dengan hampir RM800 juta diperuntukkan kepada 5.2 juta murid Tahun Satu hingga Tingkatan Lima tanpa mengira pendapatan ibu bapa.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#BAP
#bantuan awal persekolahan
#Tingkatan Enam
#cara mohon
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan