Skip to main content

Malaysia

Dasar pembangunan Sarawak raih kepercayaan pelabur global – Abang Johari

Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg menjawab persoalan yang dikemukakan pada Konvensyen Kepimpinan dan Pemerkasaan Murid Tingkatan Enam Negeri Sarawak Tahun 2026. - Foto BERNAMA
Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg menjawab persoalan yang dikemukakan pada Konvensyen Kepimpinan dan Pemerkasaan Murid Tingkatan Enam Negeri Sarawak Tahun 2026. - Foto BERNAMA

Ringkasan AI

  • Dasar pembangunan Sarawak yang kukuh menarik pelaburan antarabangsa, termasuk komitmen SoftBank Group Corp sebanyak AS$50 bilion dan pelaburan Indorama bernilai AS$1 bilion.
  • SoftBank Group, Grab Holdings dan Petros memeterai perjanjian pembangunan bersama dengan modal permulaan gabungan AS$1.85 bilion untuk infrastruktur kecerdasan buatan di Malaysia.
  • Pelaburan ini dijangka meningkatkan KDNK Sarawak kepada RM282 bilion menjelang 2030, berbanding RM153 bilion lima tahun lalu.
Advertisement

KUCHING: Dasar pembangunan Sarawak yang kukuh mendapat kepercayaan pelabur antarabangsa sekali gus membuka ruang kepada kemasukan lebih banyak syarikat korporat global bagi meneroka peluang pelaburan di negeri ini.

Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata antara perkembangan terbaharu adalah komitmen pelaburan SoftBank Group Corp sebanyak AS$50 bilion (AS$1=RM4.05), selain modal permulaan gabungan berjumlah AS$1.85 bilion yang dimeterai pada Isnin.

“Selain itu, syarikat Indorama bersama rakan syarikat dari China dan Jepun turut mengumumkan pelaburan berjumlah AS$1 bilion yang akan memanfaatkan sumber gas Sarawak.

Advertisement

“Setiap pelaburan ini akan meningkatkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Sarawak  bagi mencapai sasaran KDNK RM282 bilion menjelang 2030 berbanding RM153 bilion yang dicatatkan lima tahun lepas,” katanya semasa sesi bicara Aspirasi Anak Sarawak di sini, pada Selasa.

Pada Isnin, SoftBank Group dan Grab Holdings Ltd mengumumkan pemeteraian perjanjian pembangunan bersama bagi menyediakan modal permulaan gabungan berjumlah AS$1.85 bilion untuk membangunkan infrastruktur kecerdasan buatan (AI) di Malaysia bersama Petroleum Sarawak Bhd (Petros).

Advertisement

Pelaburan itu merupakan sebahagian daripada rancangan jangka panjang untuk membangunkan kapasiti pengkomputeran AI di seluruh Sarawak dan Semenanjung dengan sasaran jangka panjang sebanyak lima gigawatt atau lebih.

Daripada jumlah modal permulaan itu, AS$1 bilion disumbangkan oleh SoftBank Group, AS$750 juta oleh Grab dan AS$100 juta oleh Petros.

-- BERNAMA

 

 

Must Watch Video

Advertisement