KUALA PILAH: Kebimbangan Samsiah Yusof, 52, mengenai kelangsungan hidupnya bersama ibu yang uzur serta abang yang tidak sihat kerana ketiadaan punca pendapatan sedikit terubat apabila menerima bantuan bakul makanan pada Jumaat.
Dalam situasi ancaman pandemik COVID-19 yang masih belum reda, kehidupan Samsiah yang terpaksa berhenti kerja sejak lima tahun lalu kerana perlu menjaga ibunya Fatimah Sihin, 89, yang uzur bertambah sukar apabila abangnya, Samsudin Yusof, 55, tidak lagi dapat membantu keluarga kerana menghidap penyakit batuk berdarah.
Berasal dari Kampung Sungai Jelutong, Padang Lebar, Samsiah berkata mereka tiga beranak terpaksa berjimat cermat kerana hanya bergantung sepenuhnya dengan bantuan kewangan daripada Baitulmal dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM750 sebulan.
"Abang baru sahaja keluar dari hospital, sebelum ini dialah membantu keluarga dengan melakukan kerja-kerja kampung namun kini dia tidak mampu teruskan kerjanya. Bantuan ini sangat dihargai, sekurang-kurangnya saya tidak perlu membeli barangan keperluan untuk masa sebulan ini," katanya selepas menerima bantuan daripada Ahli Parlimen Kuala Pilah Datuk Eddin Syazlee Shith semalam.
Dalam pada itu, Idris Taseh, 67, yang hanya bergantung duit pesaraan RM600 sebulan menyifatkan bantuan diterima itu meringankan bebannya dalam menampung keperluan harian keluarga.
Warga emas yang mempunyai penyakit gout itu berkata dia juga tidak dapat melakukan kerja kampung bagi menambah pendapatan keluarga selain terpaksa berjimat cermat dengan duit simpanan untuk membeli ubat penyakitnya itu.
Sementara itu Eddin Syazlee berkata penduduk di daerah Kuala Pilah yang terjejas pendapatan dialu-alukan datang ke pejabat Pusat Khidmat Rakyat Kuala Pilah untuk mengambil bakul makanan.
BACA: PEMULIH: Golongan miskin tegar, B40, M40 dapat Bantuan Khas COVID-19 bermula Ogos - PM
BACA SEMUA BERKAITAN PEMULIH DI SINI
Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini mengumumkan, kerajaan akan memberi Bantuan Khas COVID-19 (BKC) kepada isi rumah kategori miskin tegar, B40 dan M40 termasuk golongan bujang bermula Ogos.
Menurut Perdana Menteri, bantuan itu bakal memanfaatkan lebih 11 juta isi rumah dan individu warga emas serta bujang dengan peruntukan sebanyak RM4.6 bilion.
Sejumlah RM300,000 juga diberikan kepada semua Ahli Parlimen bagi program Bantuan Bakul Makanan seperti yang diumumkan dalam Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) mula disalurkan pada 1 Julai.
Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan berhubung perkara ini memaklumkan peruntukan itu turut diberikan kepada Ahli Parlimen pembangkang.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 30 2021

Eddin Syazlee (kiri) menyampaikan sumbangan bakul makanan kepada penerima pada program Agihan Bakul Makanan Pemulih di Masjid Kariah Sungai Jelutong. - Foto BERSATU

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 24 September 2023.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Isnin - 25 September 2023
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Watak di sebalik kecanggihan, keunikan majlis perasmian
Dari awal kemasukan kontinjen sehinggalah kepada persembahan, semuanya mendapat pujian kerana China menyuntik elemen digital dalam hampir setiap sentuhan mereka.

PM Anwar ketuai delegasi Malaysia ke APEC 2023 di AS November ini
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengetuai delegasi Malaysia ke APEC di San Francisco, California, Amerika Syarikat (AS) pada November ini.
[TERKINI] Van bawa pelancong Singapura terbabas, jatuh cerun di Balik Pulau
Sebuah van persiaran yang membawa sembilan pelancong dari Singapura dilaporkan terbabas dan terjunam di Bukit Genting, Balik Pulau.
Penggunaan pelekat harga pada kampit BPI dibenarkan sementara
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) memberi kebenaran sementara bagi penggunaan pelekat harga pada kampit beras putih import (BPI) yang dipamerkan untuk jualan hingga 30 Nov ini.
Sekretariat Anti Fitnah ditubuhkan
Sekretariat Anti Fitnah (SAF) bagi membanteras sikap dan amalan fitnah yang kian menjadi gejala dalam hidup masyarakat masa kini.
Anak Dr Zul layak terima biasiswa, pemilihan ikut dasar dan SOP
MAIWP memaklumkan takrifan asnaf Fisabilillah yang diluluskan Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan pada 4 Mac 2021, merujuk kepada mana-mana golongan atau pihak yang terlibat dalam sesuatu aktiviti untuk menegakkan, mempertahankan dan mendakwahkan agama Islam.
Kerjasama dua hala, Zambry dijadual bertemu James Cleverly
Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir akan mengadakan lawatan kerja ke United Kingdom (UK) dari 25 hingga 26 September.

Bakul makanan: Serampang dua mata tangani keganasan domestik - Rina Harun
Hasil daripada pemberian bakul makanan menemukan pelbagai isu yang perlukan pemerhatian dan intervensi KPWKM.