awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TNB tingkat kesiapsiagaan, pantau risiko bekalan elektrik ketika banjir
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bantuan kemanusiaan Op Ihsan sudah sampai kepada penerima sasaran di Gaza

Bernama
Bernama
08/12/2023
08:48 MYT
Bantuan kemanusiaan Op Ihsan sudah sampai kepada penerima sasaran di Gaza
Menteri Luar Datuk Seri Zambry Abdul Kadir berkata, beliau sendiri telah mendapat laporan berhubung perkembangan penghantaran itu. -Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Dua penghantaran bantuan kemanusiaan menerusi Op Ihsan sebelum ini telah pun selamat sampai kepada penerima di lokasi sasaran di Gaza, sebagaimana yang dirancang.
Menteri Luar Datuk Seri Zambry Abdul Kadir berkata, beliau sendiri telah mendapat laporan berhubung perkembangan penghantaran itu.
"Telah sampai dan masuk (bantuan ke Gaza) kita sudah dapat laporan, hantaran itu telah sampai ke sasaran ke tempatnya seperti dirancang," katanya kepada pemberita selepas selesai menunaikan solat Jumaat di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di sini hari ini .
Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Zambry menunaikan solat Jumaat di masjid berkenaan.
Anwar sebelum itu makan tengah hari di Medan Selera Jalan Duta yang terletak berhampiran Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Sehubungan itu Zambry mengajak orang ramai agar sama-sama berdoa agar misi penghantaran barangan bantuan kemanusiaan siri ketiga kepada penduduk Palestin di Gaza pada 17 Disember depan dipermudahkan.
Katanya bantuan siri ketiga itu melibatkan penghantaran barangan seberat 60 tan, lebih banyak berbanding siri sebelumnya.
Malaysia sebelum ini telah membuat dua penghantaran ke Gaza, dengan penghantaran pertama melibatkan 20 tan barangan keperluan perubatan, barangan bayi dan makanan
Penghantaran kedua yang membawa 16 tan barangan bantuan pula telah tiba di Mesir pada 11 November lepas.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Gaza
#Zambry Abdul Kadir
#Palestin
#Anwar Ibrahim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan