KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini mengumumkan kerajaan bersetuju memberi bantuan bulanan RM200 untuk enam bulan kepada pesawah sementara menunggu hasil tuaian.
Beliau berkata bantuan itu telah dibincangkan bersama dengan Kementerian Kewangan dan akan dimasukkan dalam Belanjawan 2023 yang dijangka dibentang pada Oktober ini.
"Sebanyak RM200 untuk tiga bulan untuk dua musim iaitu enam bulan bagi membantu mereka sementara menunggu padi dituai," katanya ketika berucap pada Majlis Makan Malam dan Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) Ke-48 di sini malam ini.
Ismail Sabri berkata sebelum ini, penoreh getah mendapat bantuan musim tengkujuh kerana tiada pendapatan selama tiga bulan iaitu pada November, Disember dan Januari.
"Masa tu saya Menteri (ketika menerajui Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah) dan nelayan juga terima elaun daripada RM200 kepada RM300 termasuk nelayan darat. Saya terkejut pesawah tak dapat," katanya.
Semasa membentangkan Belanjawan 2018, kerajaan telah mengumumkan bantuan bulanan RM200 kepada pesawah dalam tempoh tiga bulan sementara menunggu hasil tuaian.
Mengulas isu kawalan harga ayam dan telur di negara ini, Ismail Sabri mengesyorkan NAFAS menguasai sepenuhnya rantaian pengeluaran bekalan bahan makanan itu supaya dapat membantu kerajaan dan mengelak daripada 'diugut' oleh pengeluar bekalan berkaitan harga.
"Saya setuju NAFAS menguasai rantaian pengeluaran ayam yang bukan sahaja daripada ayam tetapi anak ayam malah makanan ayam juga, dan saya harap rantaian ini dikuasai NAFAS.
"Ahli NAFAS juga mencukupi, ada sejuta dan boleh masuk pasaran (pengeluar bekalan ayam) dan saya sudah beritahu menteri bahawa kita (kerajaan) tidak boleh biarkan (diri) sentiasa diugut pengeluar ayam sebab itu, saya minta NAFAS dan pengeluar pasaran ayam ini dikuasai oleh kita supaya tidak diugut oleh pihak tidak bertanggungjawab," katanya.
Ismail Sabri turut mengumumkan bahawa kerajaan melalui Kementerian Pertanian dan Industri Makanan meluluskan peruntukan RM4.47 juta daripada Tabung Bencana Pertanian bagi membantu 29 Pertubuhan Peladang dan 483 ahli yang terjejas akibat bencana alam tahun ini.
"Peruntukan Pembangunan Semula Projek Agromakanan ini akan disalurkan melalui Lembaga Pertubuhan Peladang di tujuh negeri iaitu Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Kelantan dan Terengganu," katanya.
Pada majlis itu, NAFAS mengumumkan agihan kadar dividen sebanyak lapan peratus bagi Skim Pelaburan Khas Peladang (SPKP) Dana Peladang Kebangsaan (DPK) untuk tahun kewangan berakhir Disember 2021.
Pengagihan itu membabitkan jumlah pembayaran RM8.5 juta yang akan memberi manfaat kepada hampir 6,000 pelabur dalam kalangan ahli peladang dan dibayar pada Jun ini.
Turut hadir Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Ronald Kiandee dan Pengerusi Jemaah Pengarah NAFAS Datuk Zamri Yaakob.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 18 2022
Ismail Sabri berkata, bantuan itu telah dibincangkan bersama dengan Kementerian Kewangan dan akan dimasukkan dalam Belanjawan 2023 yang dijangka dibentang pada Oktober ini. - Bernama
Polis tahan guru disyaki liwat tiga pelajar
Tiga pelajar tahfiz dipercayai menjadi mangsa seks luar tabii apabila didakwa diliwat seorang guru agama dari pusat tahfiz berkenaan sejak dua tahun lalu.
Teroka pasaran baharu, tingkat perdagangan serantau
Selain lebih banyak perjanjian perdagangan bebas (FTA), beliau turut melihat perdagangan dalam kalangan ASEAN juga wajar diberi penekanan yang lebih lagi.
Pasaran: FBM KLCI naik 14% sejak awal tahun ini
Ketua Strategi, MIDF Research, Syed Muhammed Kifni Syed Kamaruddin berkata beberapa pengumuman serta kemas kini projek semasa telah memberi kecenderungan positif kepada pasaran ketika ini.
Pesawat ringan lakukan pendaratan cemas di LTSAAS
Insiden melibatkan pesawat ringan jenis Diamond DA-42 dengan nombor pendaftaran N566CB dikendalikan Techstrait Ltd.
Ibu hamil 7 bulan, suami dan anak selamat kereta jatuh gaung
Kereta dipandu Nur Raihan hilang kawalan semasa menuruni bukit sehingga terbabas dan jatuh gaung sedalam 10 meter.
[TERKINI] Pesawat ringan dilaporkan melakukan pendaratan kecemasan di Lapangan Terbang Subang
Sebuah pesawat ringan dilaporkan melakukan pendaratan kecemasan di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang, Selangor pada pagi Jumaat.
'Kekurangan maklumat mekanisme rasionalisasi subsidi antara punca sentimen pengguna lemah'
Kekurangan maklumat mengenai rasionalisasi subsidi dilihat antara penyebab mengapa sentimen perbelanjaan pengguna berkemungkinan kekal lemah selain inflasi yang tinggi.
Tarikh akhir pengemukaan e-Borang Tahun Taksiran 2023 dilanjutkan ke 15 Mei
Ia meliputi pembayar cukai kategori Individu Pemastautin dan Individu Bukan Pemastautin.
Tahun kelima kempen 'We Care for Society’ Hada Labo terus bantu golongan terpinggir
RM50,000 disumbangkan kepada Women of Will (WOW) dan Persatuan Kechara Soup Kitchen untuk salur bantuan kepada golongan memerlukan.
Ringgit susut berbanding dolar AS pada sesi awal
Pada 9 pagi, ringgit merosot kepada 4.7770/7825 berbanding dolar AS daripada 4.7745/7775 pada Khamis.
Nahas helikopter Lumut: PM akan umum bantuan untuk waris mangsa - TPM
Kerajaan akan mengumumkan bantuan khas kepada waris 10 anggota dan pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang terkorban dalam nahas dua helikopter di Pangkalan TLDM Lumut.
PM tiba di Kota Kinabalu untuk lawatan sehari
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Kota Kinabalu malam tadi untuk lawatan kerja sehari ke Sabah.
PM Anwar beri sumbangan kepada Nur Khayla Azzahra
Sumbangan berkenaan disampaikan Setiausaha Politik beliau Farhan Fauzi yang mewakilinya bertemu Nur Khayla Azzahra dan keluarganya.
Peruntukan pembangkang: PM Anwar selesai bermesyuarat
Mesyuarat yang bermula kira-kira jam 5.50 petang turut dihadiri pemimpin utama parti yang membentuk Kerajaan Perpaduan.
PM hulur sumbangan tampung kos perubatan adik Tasnim
Perdana Menteri menyerahkan sumbangan bagi menampung kos perubatan adik Tasnim Al-Ulya Amali Mohammad Raji yang hilang upaya kekal.
Mesyuarat dijangka bincang isu peruntukan ahli Parlimen pembangkang petang ini
Kediaman rasmi Perdana Menteri menjadi tumpuan apabila Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Sekretariat Kerajaan Perpaduan dijangka berlangsung.
PM Anwar beri bantuan tunai kepada peniaga terkesan kebakaran Pasar Raya Mydin di Manjoi
Perdana Menteri menyampaikan bantuan tunai kepada 17 peniaga terkesan akibat kebakaran di Pasar Raya Besar Mydin di Manjoi pada Mac lepas.
Banyak peluang boleh diteroka Malaysia-Republik Kyrgyz - Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap hubungan antara Malaysia dan Republik Kyrgyz akan lebih akrab pada masa hadapan.
Langkah reformasi awal kerajaan buahkan hasil - Anwar
Perdana Menteri berkata langkah reformasi awal yang dilaksana kerajaan membuahkan hasil dengan peningkatan pelaburan dan pelbagai pengiktirafan.
PM kunjungi bazar Ramadan di Taman Desa Ilmu, Kota Samarahan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini meluangkan masa meninjau Bazar Ramadan di Taman Desa Ilmu, Kota Samarahan.