Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melahirkan rasa sedih dan marah susulan syarikat akhbar, Utusan Melayu (M) Berhad yang difahamkan akan menutup operasinya pada Rabu ini.
Najib menerusi laman Facebook miliknya turut menyifatkan akhbar itu bukan sekadar sebuah syarikat media dan akhbar paling lama, tetapi merupakan simbol dan khazanah orang Melayu dan berkait rapat dengan sejarah Malaysia.
“Saya sedih dan bertambah marah apabila membaca berita bahawa Utusan mungkin menghentikan operasi hari Rabu ini sedangkan gaji pekerja telah tertunggak berbulan-bulan.
“Oleh itu, inilah masanya rakyat semua tampil ke depan untuk menolong. Belilah senaskah Utusan atau Kosmo setiap hari. Layarlah dan kongsikan artikel-artikel dari laman web Utusan,” katanya.
Perniagaan yang ada bajet pengiklanan boleh mempertimbangkan untuk membeli ruang iklan di Utusan atau Kosmo.
Ahli perniagaan yang memiliki kemampuan seharusnya melihat untuk melabur atau bekerjasama dengan Utusan.
BACA: Utusan Melayu henti cetak akhbar Rabu ini?
BACA: Kakitangan Utusan Melayu adakan piket tuntut gaji tertunggak tiga bulan
BACA: Pekerja Utusan menderita, berhutang 'ah long', susu anak berganti sirap
“Utusan masih mempunyai potensi dan kakitangan yang berpengalaman jika diuruskan dengan sebaiknya. Kita sama-sama tolong kembalikan zaman kegemilangan Utusan.
“Akhbar ini berjuang untuk kita. Masanya tiba untuk kita bantu dan berjuang untuk mereka pula.
Bantulah Utusan. Mereka sebahagian dari kita,” katanya.
Terdahulu, lebih 100 kakitangan Utusan Melayu (M) Berhad mengadakan piket di luar bangunan syarikat akhbar itu bagi menuntut gaji yang tertunggak sejak tiga bulan lalu pada Isnin.
Piket yang berlangsung selama satu jam bermula pukul 1 tengah hari itu diadakan secara aman tanpa sebarang kejadian yang tidak diingini.
Isu kelewatan bayaran gaji menyebabkan kakitangan syarikat berdepan kesukaran untuk menguruskan perbelanjaan harian.
Selain itu, bekas kakitangan yang mengambil skim pemisahan sukarela (VSS) turut menerima nasib sama apabila bayaran terakhir yang diterima adalah pada Jun lepas.
Astro Awani
Mon Aug 19 2019
Datuk Seri Najib Tun Razak melahirkan rasa sedih dan marah susulan syarikat akhbar, Utusan Melayu (M) Berhad yang difahamkan akan menutup operasinya pada Rabu ini. - Foto Facebook/Najib Razak
Freedom Flotilla to Gaza: Misi sekali lagi ditangguhkan, dijangka berlepas pada Jumaat
Ketika ini lokasi kapal memulakan pelayaran akan ditukarkan ke satu lokasi yang akan diumumkan dalam masa terdekat.
Pihak produksi masih terima Naim Daniel jika ubah fikiran
Ketua saluran Astro Ria, Norzeha Mohd Salleh memberitahu bahawa pihak produksi masih lagi memberi ruang kepada penyanyi tersebut untuk mempertimbangkan semula tawaran yang diberikan.
The Hardest Singing Show cabar kreativiti penyanyi tempatan
Program The Hardest Singing Show mencari satu juara yang mampu menyahut cabaran kreativiti luar limitasi.
Pekerja Ahli Parlimen EU disyaki jadi pengintip China
Polis Jerman telah menahan seorang pekerja ahli politik Parlimen Eropah Alternative for Germany (AfD) kerana disyaki menjadi pengintip China.
Amaran ribut hujan tahap tertinggi dikeluarkan di Guangdong, selatan China
Lebih 100,000 orang sudah dipindahkan akibat hujan lebat dan banjir yang boleh membawa maut di selatan China.
Jokowi dan anaknya bukan lagi ahli PDIP
Presiden Indonesia Joko Widodo atau Jokowi dan anaknya, bakal naib presiden Gibran Rakabuming Raka, bukan lagi ahli parti terbesar negara itu selepas mereka menyokong calon pesaing yang juga pemenang pilihan raya Prabowo Subianto.
Lima migran maut ketika cuba memasuki Perancis
Lima termasuk seorang kanak-kanak, maut dalam cubaan menyeberangi Selat Inggeris dari Perancis pada Selasa.
Polis New York lakukan penahanan himpunan lewat malam
Polis New York bertindak melakukan penahanan membabitkan peserta yang terlibat dalam himpunan solidariti terhadap Palestin di Universiti New York (NYU) pada lewat malam Isnin. Penahanan itu dibuat selepas mereka didakwa mengingkari arahan amaran pihak universiti untuk bersurai dan mengosongkan plaza yang menjadi tempat mereka berkumpul.
Break The Siege: Ada kemungkinan lokasi pelepasan kapal ditukar
Jawatankuasa Pemandu Freedom Flotilla Coalition (FFC), Kamarul Zaman Shaharul Anwar memaklumkan, wujud kemungkinan lokasi pelabuhan bagi pelepasan kapal yang terlibat dalam misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla ditukar.
Benarkan syarikat milik bukan Islam cetak Al-Quran, pengarah syarikat didenda
Seorang pengarah syarikat percetakan dijatuhi hukuman denda RM8,000 atau penjara lima bulan oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada Selasa selepas mengaku salah tidak mematuhi syarat-syarat lesen untuk mencetak atau menerbitkan Teks al-Quran, bulan lepas.
Bantulah Utusan, mereka sebahagian daripada kita - Najib Razak
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melahirkan rasa sedih dan marah susulan syarikat akhbar, Utusan Melayu (M) Berhad yang difahamkan akan menutup operasinya pada Rabu ini.