KUALA LUMPUR: Dalam tempoh setahun pertama pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, banyak cabaran yang terpaksa ditempuhi.
Antara cabaran utama yang dihadapi oleh Anwar dan Kerajaan Perpaduan adalah memastikan wujudnya kestabilan dalam politik dan pentadbiran.
Menurut Pengasas bersama Undi18, Tharma Pillai, dalam tempoh setahun ini kerajaan terpaksa menghabiskan banyak masa untuk enam pilihan raya negeri dan isu-isu kestabilan.
Namun jelas beliau, dalam tempoh setahun ini juga Kerajaan Perpaduan pimpinan Anwar telah mendapat sokongan melebihi dua pertiga.
"Persoalan yang perlu ditanya adalah dengan majoriti yang besar ini apakah yang kerajaan berjaya lakukan dan apa yang kerajaan akan lakukan di masa hadapan, apa indikasi-indikasi yang mereka telah buat?
"Bagi saya secara menyeluruh saya berpendapat adanya beberapa perkara yang kerajaan mulakan reformasi-reformasi kecil contohnya akta jenayah seksual kanak, ada juga kertas dasar tentang rang undang-undang pendanaan politik.
"Ini semua perkara yang baik, bagus sebagai permulaan tetapi secara menyeluruh reformasi masih belum bergerak secara rancak, itu yang pertama.
"Yang kedua, ekonomi sudah tentu kita akan bincang secara menyeluruh, masih banyak perlu dilakukan, masih banyak gerak kerja perlu dilakukan.
"Untuk anak muda terutamanya masih banyak yang ada, jadi overall still a lot of work," katanya dalam program Agenda AWANI.
Bagi Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Mohd Izzat Afifi Abdul Hamid pula dalam tempoh setahun ini isu kos sara hidup masih menjadi isu utama yang perlu segera ditangani kerajaan.
Jelas beliau, perkara utama yang harus segera dilakukan adalah melantik pengganti Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub sebagai Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup.
"Isu berkaitan kos sara hidup masih lagi menekan rakyat, menteri KPDN masih belum dilantik dan itu harus disegerakan oleh Perdana Menteri.
"Portfolio yang telah ditinggalkan oleh Allahyarham Datuk Seri Salahuddin satu portfolio yang penting tapi masih belum diisi.
"Kalau betul perdana menteri ingin memberi fokus kepada kos sara hidup menteri KPDN ini perlu dilantik bukan hanya dipangku oleh mana-mana menteri," katanya.
Bagi anak muda, isu ekonomi dan reformasi institusi menjadi harapan besar agar ia dapat dilaksanakan dalam masa akan datang.
Harapan mereka agar dalam tahun kedua dan seterusnya, kerajaan lebih memberi perhatian kepada isu-isu utama bukan kepada politik semata-mata.
Astro Awani
Wed Nov 22 2023
Dalam tempoh setahun ini kerajaan terpaksa menghabiskan banyak masa untuk enam pilihan raya negeri dan isu-isu kestabilan. - Gambar fail/BERNAMA
Kemalangan maut di tempat kerja sektor pembinaan Singapura meningkat tiga kali ganda
Kementerian Tenaga Manusia Singapura melaporkan peningkatan mendadak dalam kes kemalangan maut di tempat kerja bagi sektor pembinaan.
TH jangka mula keluar surat tawaran haji Isnin ini
Lembaga Tabung Haji (TH) dijangka mula mengeluarkan surat tawaran untuk menunaikan ibadah haji bagi tahun 2025/1446 Hijrah pada Isnin ini.
Kerajaan terus perkasa TVET, penuhi keperluan industri & teknologi – TPM
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, TVET bukan saja membuka peluang kerjaya, malah menjadi pemangkin kepada pembangunan negara.
Warga emas guna PPR sebagai lokasi transit PATI
Seorang lelaki berusia 62 tahun ditahan oleh Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Kedah selepas menyimpan 22 PATI warga Myanmar di rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) miliknya di Kuala Nerang, Kedah sebelum dihantar ke ejen pekerjaan di Pulau Pinang.
Nilai ringgit kukuh, inflasi terkawal petanda positif lonjakan pertumbuhan negara
Nilai Ringgit yang kembali pulih, inflasi kekal terkawal serta kadar pengangguran kekal rendah merupakan antara petanda positif yang akan melonjakkan keyakinan terhadap pertumbuhan ekonomi negara.
Zon khas untuk jual barangan tanpa subsidi bakal diperkenal
Kerajaan bakal memperkenal zon khas di kawasan sempadan untuk penjualan barangan tanpa subsidi bagi menangani aktiviti penyeludupan dan ketirisan barang kawalan.
Jenazah bayi ditahan: Laporan KKM siap selewat-lewatnya minggu depan
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzukelfy Ahmad memohon orang ramai memberi ruang kepada siasatan, ekoran keunikan kes tersebut.
[TERKINI] Polis rakam keterangan empat individu, jenazah bayi dalam peti sejuk
Polis merakam keterangan empat individu pada Jumaat, berhubung kes jenazah bayi lelaki disimpan dalam peti sejuk di sebuah hospital swasta di Klang.
AWANI Ringkas: Spekulasi Tengku Zafrul tinggalkan UMNO
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Karnival M6 jambatani komuniti e-sukan dengan khalayak umum
Sempena Kejohanan Antarabangsa Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M6 di mana Malaysia menjadi tuan rumah buat kali kedua.
Batu Puteh: 'Saya tak pernah berdendam dengan Tun M, tapi ini soal wilayah' - Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak pernah berdendam dengan Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung isu kedaulatan Batu Puteh.
PM Anwar ucap tahniah kepada skuad FAM eRimau, Ahmad Muhaimin
Dalam aksi final semalam, skuad FAM eRimau mencipta sejarah apabila menjuarai kejohanan itu selepas menewaskan Maghribi 2-0.
NAIO disaran bentuk konsortium perkasa tenaga kerja AI tempatan
Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO) perlu membentuk satu konsortium antara institut pengajian tinggi (IPT), industri teknologi dan kerajaan dalam memperkasa tenaga kerja tempatan dalam AI.
Kadar subsidi FLYsiswa naik kepada RM400 bermula Januari 2025 - PM Anwar
Kerajaan bersetuju menaikkan RM100 kadar bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan menerusi FLYsiswa kepada RM400 seorang bermula 1 Januari 2025.
RCI Batu Puteh: Anwar serah kepada Ahli Parlimen untuk bincang
Laporan RCI mengesyorkan siasatan jenayah terhadap bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengikut Seksyen 415(b), 417, dan 418 Kanun Keseksaan.
PM Anwar ingatkan AI tidak menyebabkan kehilangan pekerjaan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan, penggunaan AI tidak akan menyebabkan kehilangan pekerjaan.
Kerangka digital dulu permulaan, kini kemestian - PM
Katanya, ketika menerajui Kementerian Kewangan lebih 20 tahun lalu, industri pendigitalan hanya dianggap satu permulaan dan bukan kemestian.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PM Anwar terima kunjungan Menteri Luar Denmark
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima kunjungan Menteri Luar Denmark Lars Lokke Rasmussen di Bangunan Parlimen.
Dunia sembang tegakkan hak asasi tapi isu Palestin membisu, ini hipokrit - PM Anwar
Komuniti antarabangsa perlu bangkit untuk menegakkan semula prinsip asas keadilan dan kesaksamaan yang menjadi tunjang kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).