awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arteta dikritik sekat kreativiti Eze
Guardiola puji disiplin pemain Man City
Laluan kereta api laju Xi’an–Yan’an mula beroperasi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banyak kos 'tersembunyi' di sebalik saringan COVID-19 - MMA

Nailah Huda
Nailah Huda
03/02/2021
11:40 MYT
Banyak kos 'tersembunyi' di sebalik saringan COVID-19 - MMA
Dalam satu kenyataan hari ini, Presiden MMA Profesor Datuk Dr Subramaniam Muniandy menjelaskan mengenai kos-kos di sebalik proses saringan termasuk kos untuk peralatan perlindungan diri (PPE). - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR:Banyak kos ‘tersembunyi’ di sebalik proses saringan COVID-19 yang perlu diambil kira dalam menentukan jumlah bayaran saringan di hospital-hospital swasta, dakwa Persatuan Perubatan Malaysia (MMA).
Dalam satu kenyataan hari ini, Presiden MMA Profesor Datuk Dr Subramaniam Muniandy menjelaskan mengenai kos-kos di sebalik proses saringan termasuk kos untuk peralatan perlindungan diri (PPE), proses sanitasi, pembuangan sisa secara klinikal serta penggunaan makmal.
“Ini tidak termasuk lagi risiko jangkitan COVID-19 kepada petugas kesihatan dalam menjalankan proses saringan dan kos-kos ‘tersembunyi’ kepada kesihatan mental dan fizikal serta daya kebolehan mereka,” kata Dr Subramaniam.
COVID-19 | Bukan masa kaut untung, sama-sama bantu kerajaan
Beliau mengulas mengenai kenyataan Yayasan Keperihatinan Komuniti Malaysia (MCCF) pada Isnin yang menyangkal dakwaan mengatakan kos ujian RT-PCR sukar diturunkan oleh pengamal hospital dan klinik swasta.
“Ketika ini bukanlah masa untuk mengaut keuntungan daripada rakyat dengan mengenakan bayaran saringan yang tinggi,” kata Pengerusi MCCF, Datuk Halim Ishak.
Dr Subramaniam bagaimanapun menyarankan supaya kos-kos tidak langsung di hospital swasta diberi perhatian.
“Malangnya, mengurangkan bayaran sahaja tanpa mengambil kira kos-kos tersembunyi mungkin boleh menjejaskan kemampanan pusat-pusat perubatan swasta,” ujar beliau.
Beliau juga mencadangkan supaya kit ujian Rapid Antigen (RTK-Ag) digunakan di kawasan-kawasan berisiko tinggi berbanding RT-PCR kerana ia mampu mengeluarkan keputusan dengan lebih cepat serta memperincikan kadar kebolehjangkitan bagi kes positif.
Pada masa yang sama, Dr Subramaniam mengulangi komitmen kesemua hospital dan klinik swasta dalam usaha bersama menangani pandemik COVID-19 yang melangkaui tugas-tugas asal, termasuk memainkan peranan untuk mengambil pesakit COVID-19 serta menjalankan ujian saringan.
Topic Berkaitan
#MMA
#Malaysian Medical Association
#Persatuan Perubatan Malaysia
#Dr Subramaniam Muniandy
#COVID-19
#Yayasan Keperihatinan Komuniti Malaysia
#MCCF
#hospital swasta
#bayaran ujian
#RTK-Ag
#rT-PCR
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan