KUALA LUMPUR: Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) menghadapi cabaran untuk meningkatkan kadar penggunaan atau pemanfaatan Perjanjian Komprehensif dan Progresif Bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) dan Perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) oleh syarikat tempatan walaupun telah dikuatkuasakan sejak 2022.
Dalam jawapan disiarkan menerusi laman sesawang Parlimen bertarikh 12 Dis, 2023, kementerian itu berkata ada kalangan syarikat tempatan yang mengambil masa untuk memahami jadual pengurangan duti import negara-negara ahli serta mengenal pasti produk-produk yang mendapat faedah terbesar melalui pengurangan duti di bawah CPTPP dan RCEP.
"Syarikat tempatan juga masih menggunakan perjanjian-perjanjian perdagangan bebas (FTA) lain yang lama dan sedang berkuatkuasa seperti Perjanjian Perdagangan Barangan Asean (ATIGA), FTA Asean-China (ACFTA) dan FTA Asean-Jepun (AJCEP) yang menawarkan kadar duti sama atau lebih rendah," katanya.
Kenyataan itu sebagai menjawab soalan Senator Tan Sri Low Kian Chuan berkenaan cabaran dan peratusan kadar penggunaan RCEP dan CPTPP.
MITI berkata bagi meningkatkan tahap kesedaran mengenai peluang dan manfaat kedua-dua FTA tersebut, kementerian berkenaan sedang giat melaksanakan sesi libat urus dengan pihak industri.
"Fokus perlu diberikan kepada manfaat CPTPP dan RCEP bagi pasaran di negara-negara yang Malaysia tidak mempunyai FTA dua hala atau serantau bersama Asean.
"Pada 2023 sahaja, MITI telah melaksanakan lebih daripada 20 sesi libat urus dengan pelbagai pihak industri termasuk dewan-dewan perniagaan dan persatuan-persatuan industri," katanya.
Selain itu, Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) turut merangka strategi bagi meningkatkan promosi eksport ke pasaran CPTPP dan RCEP serta negara yang menjalin FTA untuk pertama kalinya dengan Malaysia seperti Kanada, Mexico dan Peru.
Menyentuh pencapaian manfaat CPTPP dan RCEP, kementerian itu berkata kerajaan mengukurnya melalui pengeluaran Sijil Tempasal (CO) kepada pengeluar Malaysia yang membolehkan pengeluar Malaysia mendapat layanan berkeutamaan menerusi duti import rendah atau bebas duti di pasaran rakan dagang CPTPP dan RCEP.
Bagi CPTPP, sebanyak 5,224 Sijil Tempasal dengan nilai berjumlah RM1.91 bilion telah dikeluarkan dari 18 Mac 2022 sehingga 30 Nov 2023 manakala RCEP menyaksikan sebanyak 2,624 CO dengan nilai berjumlah RM897.99 juta, kata MITI.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Dec 13 2023
MITI berkata ada kalangan syarikat tempatan yang mengambil masa untuk memahami jadual pengurangan duti import negara-negara ahli serta mengenal pasti produk-produk yang mendapat faedah terbesar melalui pengurangan duti.
62 jemaah haji jatuh sakit, paling ramai akibat jangkitan paru-paru
Kesemua jemaah yang sedang dirawat itu berada dalam keadaan stabil.
Pantau Agenda Reformasi: Hari Tanpa Tembakau: Melindungi Generasi Masa Depan
Ikuti kupasan Pengarah Urusan Persatuan Kanser Kebangsaan Kebangsaan Malaysia (NCSM), Dr. Murallitharan Munisamy, mengenai aspek kesihatan bersempena Hari Tanpa Tembakau yang disambut pada 31 Mei setiap tahun.
Berlangsung dalam dua siri, SIBS 2024 sasar nilai transaksi sebanyak RM7 bilion
Selangor International Business Summit (SIBS) 2024 menyasarkan potensi nilai transaksi sebanyak RM7 bilion pada tahun ini, meningkat daripada RM6.12 bilion pada tahun sebelumnya.
Jangkitan paru-paru antara punca ramai jemaah haji dirawat di hospital
Seramai 62 jemaah haji Malaysia kini sedang menerima rawatan di Pusat Rawatan Lembaga Tabung Haji (TH) dan Hospital Arab Saudi.
Google, Magic Leap bekerjasama untuk pengeluaran produk realiti terimbuh
Kerjasama ini akan menggabungkan kepakaran mereka dalam perkakasan dan kepakaran Google dalam platform.
Imej 'All eyes on Rafah' dikongsi 44 juta kali dalam talian
Imej dijanakan kecerdasan buatan (AI) yang bertulis 'All eyes on Rafah' dikongsi lebih 44 juta kali.
Malaysia mampu kekal peserta utama semikonduktor global
Terdapat kira-kira 75 kilang fabrikasi semikonduktor (fabs) di Asia Pasifik, dan Malaysia menempatkan lapan daripada kilang-kilang ini, menunjukkan kedudukan penting negara dalam landskap semikonduktor serantau.
Arab Saudi kemuka dokumen jual sebahagian kepentingan Aramco
Pelabur telah lama menjangkakan penjualan saham berkenaan susulan Aramco sedang memperluaskan asasnya sambil menjana dana.
Malaysia Airlines terima tiga pesawat A330neo pada 2024
Malaysia Airlines akan menerima penghantaran tiga A330neo tahun ini, dengan yang pertama dijangka tiba pada suku ketiga 2024, sekali gus mengukuhkan penawaran produk utamanya serta prospek pertumbuhan masa depan dengan kumpulan pesawat berbadan lebar baharu dan susun atur kabin premium serba baharu.
US$112.79 bilion pada akhir April 2024 - BNM
Bank Negara Malaysia berkata bagi tempoh 12 bulan akan datang, aliran keluar jangka pendek yang telah dikenal pasti bagi pinjaman, sekuriti dan deposit mata wang asing berjumlah US$15.35 bilion.
PM sambut baik pengumuman komitmen pelaburan Google
Perdana Menteri menyambut baik pengumuman syarikat gergasi teknologi Google yang mengesahkan komitmen pelaburan bernilai RM9.4 bilion.
MITI bakal umum aspek penting keselamatan siber, sokongan AI - Tengku Zafrul
MITI dijangka membuat satu atau dua pengumuman penting beberapa hari lagi sebagai susulan terhadap Rang Undang-Undang Keselamatan Siber 2024 yang diluluskan pada April lepas.
Potensi eksport RM2.4 bilion dari Kazakhstan, Uzbekistan, peluang besar untuk syarikat Malaysia - Tengku Zafrul
Potensi eksport RM2.4 bilion daripada Kazakhstan dan Uzbekistan menandakan peluang besar yang boleh dimanfaatkan oleh syarikat Malaysia.
Perdagangan Malaysia naik 12.1 peratus, eksport meningkat 9.1 peratus pada April - MITI
Perdagangan Malaysia mengekalkan prestasi kukuh dan trend peningkatan pada April 2024 dengan merekodkan pertumbuhan dua digit 12.1 peratus kepada RM221.74 bilion berbanding April 2023.
Eksport Malaysia rekod peningkatan ketara pada April 2024 - MITI
Perdagangan Malaysia mengekalkan prestasi kukuh dan trend peningkatan pada April 2024 dengan merekodkan pertumbuhan dua digit 12.1 peratus.
APEC harus tetapkan gaji minimum - MITI
Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) harus secara kolektif mewujudkan penetapan gaji standard untuk mencegah kadar gaji tidak sesuai yang memberi kesan kepada golongan wanita.
Kastam Terengganu rampas barangan bernilai hampir RM1 juta setakat April
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Terengganu merampas pelbagai barangan bernilai RM947,651.54, yang cuba diseludup masuk ke dalam dan keluar dari negeri itu, dari Januari hingga April tahun ini.
Pengumuman pelaburan Google di Malaysia dalam masa terdekat - Tengku Zafrul
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) mengesahkan satu pengumuman berkenaan pelaburan Google di Malaysia akan dilakukan dalam masa terdekat.
MITI galak syarikat tempatan jalin kerjasama pelaburan dengan Arab Saudi
Arab Saudi juga mempelawa syarikat Malaysia untuk melabur di negara itu bagi membolehkan peningkatan perdagangan dan pelaburan dua hala.
81 peratus kes dilaporkan kepada IMFC selesai, percepat realisasi pelaburan - Tengku Zafrul
81 peratus daripada 464 kes yang dilaporkan kepada Pusat Memudah Cara Pelaburan Malaysia (IMFC) telah diselesaikan dan berjaya mempercepat proses realisasi pelaburan-pelaburan yang diumumkan.