awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemotong rumput rogol adik ipar kekal dipenjara 28 tahun, 24 sebatan
Indonesia rancang bangun jana kuasa nuklear secara berperingkat
PNB nilai tawaran am sukarela Sunway ke atas IJM berdasarkan pertimbangan komersial
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banyakkan filem patriotik, sejarah, kukuhkan semangat kenegaraan - Agong

Bernama
Bernama
12/09/2022
08:56 MYT
Banyakkan filem patriotik, sejarah, kukuhkan semangat kenegaraan - Agong
Al-Sultan Abdullah menzahirkan pandangan bahawa fenomena filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan boleh menjadi contoh dan inspirasi kepada industri perfileman negara. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah agar penerbitan filem-filem berunsurkan patriotik dan epik sejarah dapat dibanyakkan bagi menyemarak dan mengukuhkan lagi semangat perpaduan serta kenegaraan dalam kalangan rakyat Malaysia.
Istana Negara menerusi catatan di Facebook rasminya memaklumkan, Al-Sultan Abdullah menzahirkan pandangan bahawa fenomena yang dicetuskan menerusi filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan boleh menjadi contoh dan inspirasi kepada industri perfileman negara.
Menurut catatan itu, Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah telah berkenan berangkat menonton filem Mat Kilau di The Gardens Mall semalam.
Turut berangkat Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Hadir sama, Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.
Keberangkatan tiba Seri Paduka berdua disambut warga syarikat penerbitan filem, Studio Kembara Sdn Bhd dan beberapa pelakon filem berkenaan.
"Al-Sultan Abdullah menzahirkan ucapan tahniah kepada syarikat penerbitan, pengarah dan barisan pelakon atas kejayaan mengungguli senarai filem tempatan paling laris pernah diterbitkan dalam sejarah perfileman negara, hampir mencecah RM100 juta," menurut catatan itu.
Seri Paduka turut menzahirkan rasa bangga dan kagum dengan mutu filem dan lakonan yang dijayakan oleh syarikat penerbitan tempatan, barisan produksi, pelakon serta sambutan hebat rakyat terhadap filem tersebut.
Selain mencetuskan fenomena setelah ditayangkan dalam negara pada 23 Jun lepas, Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan yang diarahkan oleh Syamsul Yusof turut ditayangkan di Indonesia bermula 31 Ogos lepas.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#filem patriotik
#kenegaraan
#filem sejarah
#Al-Sultan Abdullah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan