awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesej Krismas Raja Charles: Tekankan perpaduan dalam kepelbagaian komuniti
Turkiye tahan 115 suspek Daish rancang serangan tahun baharu
Jangan lihat kuasa pengampunan Agong daripada kaca mata politik, kehendak massa semata-mata - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bapa Ain Husniza rancang saman balas RM5 juta terhadap guru

Sinar Harian
Sinar Harian
06/08/2021
14:30 MYT
Bapa Ain Husniza rancang saman balas RM5 juta terhadap guru
Peguam Ain, Datuk Sangkara Nair menyatakan bapa Ain Husniza Saiful Nizam merancang menyaman balas guru terbabit sebanyak RM5 juta. - Gambar fail
SUNGAI BULOH: Pelajar perempuan, Ain Husniza Saiful Nizam bersama bapanya, Saiful Nizam Abdul Wahab dipanggil polis untuk dirakam keterangan berkaitan dakwaan mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah serta mengaibkan gurunya pada 30 April lalu.
Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Shafa'aton Abu Bakar memberitahu, pada 5 Mei lalu, pihaknya menerima laporan daripada seorang individu yang merupakan guru pelajar perempuan berkenaan.
"Guru tersebut membuat laporan ekoran kenyataan berbaur fitnah serta mengaibkan ke atas dirinya sebagai seorang guru serta Institusi Perguruan di Malaysia oleh pelajarnya itu semasa wawancara di media sosial Utusan Online pada 30 April lalu.
BACA: Ain Husniza terima notis tuntutan 'fitnah' RM1 juta
"Pelajar berkenaan didakwa diwawancara berkenaan isu guru pendidikan jasmani yang menyebut tentang elemen rogol semasa proses pembelajaran di dalam kelas," katanya menerusi kenyataan pada Jumaat.
Ekoran laporan tersebut, polis kemudiannya memanggil pelajar berkenaan dan bapanya untuk tujuan rakaman percakapan bagi membantu proses siasatan.
"Siasatan telah dijalankan di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan.
"Kedua-dua individu berkenaan telah hadir dengan ditemani peguam, Datuk Sankara Nair dan Elyse Ng Zi Qian," katanya.
Dalam pada itu, peguam Ain, Datuk Sangkara Nair menyatakan bapa Ain Husniza Saiful Nizam merancang menyaman balas guru terbabit sebanyak RM5 juta.
ARTIKEL ASAL DISIARKAN DI SINAR HARIAN: Bapa Ain Husniza rancang saman balas RM5 juta terhadap guru
Topic Berkaitan
#Ain Husniza
#gurauan
#lucah
#rogol
#guru
#laporan polis
#saman
#saman balas
#RM5 juta
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan