awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bapa, anak maut nahas empat kenderaan di Jalan Kuantan-Segamat

Norfarhiza Mohd Atar
Norfarhiza Mohd Atar
14/07/2022
03:30 MYT
Bapa, anak maut nahas empat kenderaan di Jalan Kuantan-Segamat
Anggota bomba membantu mengeluarkan mangsa yang tersepit dari kenderaan. -Foto ihsan JBPM
PEKAN: Dua beranak maut selepas kereta Proton Wira yang dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan dengan tiga lagi kenderaan di Kilometer 39 Jalan Kuantan-Segamat, dekat sini, pada Rabu.
Dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi itu, mangsa Muhammad Padillah Hussin, 52, dan anak perempuannya, Nurul Solehah, 23, meninggal dunia ketika menerima rawatan di Unit Kecemasan Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan.
Ketua Polis Daerah Pekan, Superintendan Mohd Zaidi Mat Zin berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kemalangan membabitkan empat kenderaan iaitu sebuah kereta Proton Wira, sebuah van, dan dua buah lori.
"Siasatan awal polis di tempat kejadian mendapati kereta Proton Wira yang dipandu Muhammad Padillah datang dari arah Segamat menghala ke Kuantan.
"Sebaik tiba di lokasi, didapati kereta Proton Wira terbabit dipercayai telah masuk ke laluan bertentangan kemudian melanggar tayar belakang sebelah kanan sebuah lori.
"Proton Wira itu kemudiannya melanggar bahagian hadapan sebuah van serta bahagian kiri sebuah lagi lori sebelum masuk semula ke laluan asal," katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.
Mohd Zaidi berkata, kejadian tersebut menyebabkan Muhammad Padillah dan Nurul Solehah serta seorang lagi mangsa yang juga pemandu van, Reduan Jaafar, 36, mengalami kecederaan parah.
Menurutnya, ketiga-tiga mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk menerima rawatan.
Nurul Solehah disahkan meninggal dunia pada jam 6.39 petang, disusuli bapanya enam minit kemudian.
"Pemandu kedua-dua buah lori tidak mengalami sebarang kecederaan.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," kata Mohd Zaidi lagi.
Dalam pada itu, Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Pahang berkata, sebaik menerima maklumat, lapan anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Chini dibantu sembilan anggota dari BBP Taman Tas bergegas ke lokasi kejadian.
"Anggota bomba terpaksa menggunakan peralatan khas bagi membantu mengeluarkan mangsa yang tersepit.
"Mangsa yang cedera telah diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan ambulans EMRS bomba untuk dibawa ke HTAA bagi rawatan lanjut," katanya.
Topic Berkaitan
#Jalan Kuantan-Segamat
#dua beranak maut
#nahas empat kenderaan
#Muhammad Padillah Hussin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan