awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Manchester United diikat Wolves 1-1, akhiri 2025 dengan keputusan hambar
Sarawak kehilangan permata berharga - Abang Johari
Aliran penumpang KLIA T1 ditambah baik nelalui pemeriksaan kastam mulai 1 Jan - MOT
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kementerian Perpaduan gerak visi Membina Negara Bangsa 2026 - Aaron

Bernama
Bernama
30/12/2025
21:00 MYT
Kementerian Perpaduan gerak visi Membina Negara Bangsa 2026 - Aaron
aaron berkata, negara berdepan cabaran baharu fragmentasi sosial, polarisasi digital dan hakisan identiti nasional dalam era globalisasi serta media tanpa sempadan. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Kementerian Perpaduan Negara (KPN) akan menggerakkan visi baharu Membina Negara Bangsa tahun depan, selari dengan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13), berteraskan perkongsian identiti nasional serta usaha berterusan memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat.
Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang berkata, tahun 2026 menuntut tanggungjawab besar kementerian itu, khususnya ketika negara berdepan cabaran baharu fragmentasi sosial, polarisasi digital dan hakisan identiti nasional dalam era globalisasi serta media tanpa sempadan.
Beliau berkata, negara bangsa tidak lahir dalam sekelip mata, sebaliknya ia dibina daripada rasa percaya, diperkukuh oleh kasih sayang, dan dipelihara melalui kesediaan rakyat untuk saling memahami walau berbeza warna kulit, bahasa dan kepercayaan
"Kuncinya, perkongsian identiti nasional. Kita tidak akan kehilangan identiti apabila kita bersatu. Kita tidak akan menjadi kecil apabila kita bertolak ansur.
"Sebaliknya, di situlah terletaknya kekuatan sebenar sebuah Malaysia apabila kepelbagaian diraikan, dan kebersamaan dijadikan asas membina masa depan," katanya menerusi catatan di Facebook sempena penutup tahun 2025.
Aaron percaya, selagi rakyat memilih untuk memahami sebelum menilai, menghormati sebelum membezakan, dan bersatu sebelum berpecah, maka perpaduan akan terus menjadi nadi kekuatan Malaysia.
Beliau berkata, aspirasi negara bangsa adalah janji kepada generasi akan datang bahawa mereka akan mewarisi sebuah negara yang aman, adil dan harmoni serta bukan sekadar tempat untuk hidup, tetapi tempat untuk rasa dimiliki.
Menurut beliau, perpaduan bukan suatu kejayaan yang mudah diukur kerana ia tidak terpapar dalam graf atau statistik, sebaliknya dizahirkan melalui perubahan sikap, penerapan nilai serta interaksi tulus sesama manusia.
Aaron berkata, sepanjang 2025, KPN telah berusaha sedaya upaya merapatkan jurang sosial dalam kalangan rakyat, sambil meraikan kepelbagaian budaya, adat resam, perayaan dan warisan sebagai kekuatan serta jati diri negara.
Dalam pada itu, beliau merakamkan penghargaan kepada seluruh warga KPN dan jabatan di bawahnya atas komitmen serta pengorbanan mereka sepanjang tahun 2025.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Aaron Ago Dagang
#rakyat Malaysia
#perpaduan
#membina negara bangsa
#identiti nasional
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan