KUALA LUMPUR: Bapa bekas personaliti televisyen, Azrinaz Mazhar Hakim, Hakim Mazha Mohammad Johar dilaporkan meninggal dunia pagi tadi.

Berita sedih ini dimaklumkan oleh sahabatnya, Afiq yang memberitahu Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada jam 9.40 pagi Selasa di Hospital Tuanku Mizan, Wangsa Maju di ibu negara.

Difahamkan, Allahyarham menghidap masalah buah pinggang dan mula menjalani dialisis sejak beberapa tahun lalu.

Menerusi entri Instagram Story (IGs), Azrinaz mengulang siar hantaran titipan takziah daripada ahli keluarga dan sahabat handai.

Jenazah dilaporkan disemadi di Tanah Perkuburan Islam USJ22, Subang Jaya, Selangor selepas solat Zohor.