KOTA BHARU:Bapa selebriti Bob Lokman didenda RM4,000 atau penjara 12 bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini selepas mengaku bersalah atas dua pertuduhan mengugut pegawai masjid dan melakukan khianat dengan memecahkan harta masjid, November tahun lepas.
Majistret Mohd Izzuddin Mohd Shukri menjatuhkan hukuman itu terhadap Lokman Ahmad, 83, atau lebih dikenali sebagai Ayah Man, selepas dia mengaku bersalah melakukan kedua-dua perbuatan tersebut di Masjid Tok Kenali di Kubang Kerian, dekat sini, pada 11 pagi, 21 Nov 2020.
Bagi setiap pertuduhan itu, tertuduh yang berkerusi roda itu didenda RM2,000 atau penjara enam bulan sekiranya gagal membayar denda berkenaan.
Mengikut pertuduhan pertama, Lokman didakwa telah mengeluarkan kata-kata ugutan dengan memberitahu Mohd Hanis Sulaiman, 34, bahawa dia ingin menetak dan menembak Muhammad Hafiz Hukmi Wardi, 39 iaitu penjaga amanah Masjid Tok Kenali.
Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara hingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa telah melakukan khianat dengan memecahkan pasu bunga dan memotong pokok-pokok bunga di kawasan Masjid Tok Kenali, sehingga menyebabkan kerugian lebih RM150 mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara hingga tempoh tidak kurang satu tahun atau tidak lebih lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Sharifah Amirda Shasha Amir Sharifuddin, memohon tertuduh dikenakan hukuman yang setimpal supaya memberi pengajaran kepada tertuduh dan masyarakat.
Bagaimanapun, tertuduh yang diwakili peguam Mohd Murtadza Mohd Mokhtar memohon agar mahkamah tidak menjatuhkan hukuman berbentuk pemenjaraan ke atas anak guamnya, dengan alasan tertuduh sudah berusia 83 tahun.
"Tertuduh juga menghidapi penyakit kencing manis, darah tinggi dan masalah pendengaran.
"Dengan membuat pengakuan bersalah ini, ia membantu mempercepatkan urusan semua pihak. Saya juga merayu agar tidak dikenakan hukuman penjara atas faktor penularan wabak COVID-19," katanya. - BERNAMA
Bernama
Sun Jan 17 2021
Lokman Ahmad atau Ayah Man mengaku bersalah atas dua pertuduhan mengugut pegawai masjid dan melakukan khianat dengan memecahkan harta masjid, November tahun lepas. - Gambar BERNAMA
KHM bimbang 26 konsert di Stadium Hoki Nasional ganggu latihan skuad negara
KHM melahirkan kebimbangan dengan rancangan untuk menganjurkan 26 konsert di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil pada tahun hadapan, yang dilihat boleh mendatangkan kesan kepada persiapan skuad negara.
Polis rakam keterangan ibu bapa, dua doktor
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berkata setakat ini seramai empat orang dirakam percakapan iaitu ibu bapa bayi dan dua orang doktor.
SAPP tarik diri daripada Perikatan Nasional
Yong berkata PN dilihat jelas ingin bertanding dalam Pilihan Raya Negeri Sabah yang akan datang dan ia bertentangan dengan dasar SAPP yang menyatakan bahawa semua 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah sepatutnya hanya ditandingi parti tempatan.
Sekurang-kurangnya tiga maut, 39 cedera dalam serangan bom di utara Thailand
Pihak berkuasa Thailand masih menyiasat kes itu dan masih belum mengesahkan jumlah sebenar mangsa.
Polis, TNB Kuantan potong bekalan elektrik di 10 premis judi haram
Sepuluh premis yang menjalankan kegiatan perjudian di Kuantan dikenakan tindakan pemotongan bekalan elektrik oleh pihak polis dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) sejak Khamis lepas.
Georgia akan adakan pilihan raya presiden pada Sabtu
Pilihan raya presiden dijadualkan berlangsung di Georgia di tengah-tengah protes berterusan pembangkang.
Megat D Shahriman kekal terajui MPM
Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin berjaya mempertahankan jawatan Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) buat penggal kedua berturut-turut pada Mesyuarat Agung Tahunan MPM kali ke-25, hari ini.
Lebih 7.2 juta orang terutama kanak-kanak, berisiko lemas menjelang 2050 - WHO
Laporan pertama WHO mengenai pencegahan lemas itu memuji penurunan kadar kematian lemas global sebagai "pencapaian kesihatan global yang utama."
AWANI Ringkas: Jasad bayi dalam peti sejuk
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan berhimpun menjelang undi pemecatan kedua
Penunjuk perasaan berkumpul di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang tentera sekali gus mencetuskan krisis politik.
Bapa Bob Lokman didenda RM4,000 atas kesalahan ugut, rosak harta masjid
Bapa Bob Lokman didenda RM4,000 atau penjara 12 bulan selepas mengaku bersalah atas pertuduhan mengugut pegawai masjid dan melakukan khianat.